Rahsia Mengurangkan Risiko Stroke

Penyakit stroke juga turut dikenali sebagai sakit angin ahmar. Pesakit yang menghidap stroke adalah berpotensi untuk mengalami kelumpuhan. Hal ini demikian kerana, otak pesakit tidak mampu memperolehi bekalan oksigen yang mencukupi daripada hemoglobin atau darah merah yang mengalir melalui salur darah arteri atau vena.
Kegagalan otak menerima bekalan oksigen yang mencukupi telah menyebbkan segala maklumat dan penghantaran rasangan kepada anggota tubuh badan tidak dapat dilakukan dengan baik. Kesannya, anggota tubuh manusia akan mengalami kelumpuhan.
Penyakit strok boleh dibahagikan kepada dua. Pertama, stroke iskemia dan kedua adalah stroke pendarahan. Kelompok stroke ini adalah ditentukan berdasarkan bagaimana stroke itu terjadi. Stroke iskemia terbentuk apabila terbentuk gumpalan darah atau plak yang tersumbat di dalam salur darah arteri atau vena. Namun kebiasaannya, salur darah arteri akan lebih mudah tersumbat kerana struktur keluasannya yang lebih sempit berbanding vena. Penyumbatan ini menyebabkan darah gagal mengalir ke otak dan menyebabkan penyakit stroke.

elakkan merokok boleh mencegah stroke
Seterusnya stroke pendarahan. Berbeza dengan stroke iskemia, stroke pendarahan adalah terjadi sekiranya terdapat pendarahan pada saluran darah pada otak manusia sekiranya hal ini terjadi, berlaku ‘ kebocoran’ dan bekalan oksigen yang dibawa ke otak adalah tidak mencukupi untuk mengawal segala pergerakan anggota bada. Oleh itu, pesakit akan mengalami stroke dan kelumpuhan.
Sesiapa pun tidak mahu menghidap penyakit stroke ini. Penyakit stroke bukanlah satu penyakit yang mudah dirawat dan dapat sembuh dalam masa yang singkat. Oleh yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang rahsia mengurangkan risiko stroke.
Rahsia mengurangkan risiko stroke yang pertama ialah dengan mengawal gaya pemakanan. Setiap individu hendaklah mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan banyak mengambil sayur-syuran dan buah-buahan. Makanan yang berlemak menyebabkan dinding pembuluh darah mengeras dan hal ini menyebabkan darah mudah membeku dan salur darah tersumbat.

kurangkan garam dapat mengelakkan stroke
Selain itu, setiap individu juga hendaklah mengelakkan merokok dan mengambil minuman beralkohol. Hal ini demikian kerana, rokok dan minuman beralkohol ini sangat berpotensi menyebabkan dinding pembuluh darah mengeras dan menyebabkan darah beku. Maka seseorang itu lebih berisiko untuk mendapat penyakit stroke.
Rahsia mengurangkan risiko stroke yang seterusnya adalah dengan mengawal stress. Hal ini kerana, sekiranya seseorang mengalami stress yang melampau, tekanan darah akan meningkat. Kesannya, darah lebih mudah membeku dan menghalang pengaliran darah di dalam salur darah.
Seterusnya, untuk mengurangkan risiko stroke, seseorang hendaklah rajin bersenamdan beriadah. Dalam masa yang sama, setiap individu hendaklah peka terhadap tekanan darah mereka. Tekanan darah tinggi juga berisiko untuk menyebabkan stroke. Seterusnya, pengambilan garam juga hendaklah dikurangkan, kerana pengambilan garam yang banyak akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan menyebabkan penyakit stroke.
Demikian beberapa perkongsian tentang rahsia mengurangkan risiko stroke. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.