Rawat Penyakit Kudis Dengan Buang Toksin Badan

Penyakit kudis ataupun dalam istilah perubatan disebut sebagai Scabies. Ianya merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria tungau yang gatal iaitu Sarcoptes sabies varian hominis. Penyakit ini sering juga disebut dengan nama  The Itch dan Seven Year Itch. Tungau yang menyebabkan penyakit kulit kudis dapat dilihat dengan kanta pembesar atau mikroskop. Tungau kudis merangkak tetapi tidak dapat terbang atau melompat dan mereka bergerak pada suhu di bawah 20 darjah celcius dan mereka dapat bertahan hidup untuk waktu lama pada suhu tersebut. Maka dari itu amatlah penting untuk menjaga kelembapan kulit dari serangan penyakit kudis.  Kulit yang terkena kudis lebih banyak terjadi di kawasan perkumuhan serta kepada individu yang tidak memelihara kebersihan tubuh. Gejala-gejala kudis iaitu terdapatnya rasa gatal yang begitu teruk adalah pada malam hari paling utama di celah-celah jari kaki, tangan, ketiak, alat kelamin, pinggang dan lain-lain. Kudis bukan termasuk jenis penyakit berbahaya namun sudah tentu kehadiran penyakit kudis tentu sangat mengganggu aktiviti seharian kita kerana rasa gatal yang disebabkannya dan selain itu kudis yang sudah parah meninggalkan parut luka sehingga tentu dapat membuat kita menjadi tidak aman dan menyebabkan penyakit lain yang timbul.

Terdapat banyak cara untuk merawat penyakit kudis ini dan salah satunya ialah rawat penyakit kudis dengan buang toksin badan. Caranya adalah dengan menggunakan Patawali. Nama lain bagi pokok ini setakat yang diketahui ialah akar seruntun, brotowali dan batang wali. Patawali ini adalah sejenis pokok menjalar yang mempunyai batang berkerutu dan berdaun lebar dan ianya banyak terdapat menjalar dipagar-pagar dan dikawasan rumah lama yang agak terbiar. Batangnya yang pahit mempunyai kandungan air yang tinggi dan tumbuhan ini kebiasaannya dijadikan bahan yang dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda yang mempunyai enam mahkotayang berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah merna menjadi merah dan putih apabila matang. Buahnya pula berwarna merah muda.kulit batangnya mengandungi alkaloid dan damar manakal akarnya mengandungi berberin dan kolumbin. Bagi tujuan perubatan, batannya yang menggerutu adalah bahagian utama yang mengandungi khasiat dan selain daripada merawat kudis ianya juga digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

patawali rawat masalah kulit

Cara kedua untuk rawat penyakit kudis dengan buang toksin badan adalah dengan menggunakan lidah buaya.  Selain menyihatkan dan menyuburkan rambut lidah buaya juga dapat digunakan sebagai ubat dan menyembuhkan kudis sekaligus membuang toksin badan. Lidah buaya yang juga dikenal dengan sebutan aloe vera memiliki banyak kandungan yang cukup lengkap, seperti mineral, vitamin, enzim, protein dan asid amino dimana lidah buaya ini dapat membantu kita mulai dari mengubati luka sehingga menjadi pelbagai produk kesihatan serta kecantikan.

rawat penyakit kudis dengan buang toksin badan

Diharapkan agar para pembaca mendapat manfaat yang secukupnya melalui artikel rawat penyakit kudis dengan buang toksin badan ini. Selamat mencuba.