Rawat Penyakit Resdung Dengan Buang Toksin Badan

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang bahagian hidung sahaja tetapi ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian anggota badan lain. Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bahagian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil dan biasanya lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak di dalam rongga sinus dan menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung. Di antara tanda-tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutamanya sewaktu tunduk dan sujud serta hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk merawat resdung dan salah satunya ialah rawat penyakit resdung dengan buang toksin badan.

Cara pertama ialah dengan menggunakan limau nipis. Menurut buku Food That Harm Food That Heal, dengan meminum air limau nipis sebiji sehari akan meningkatkan daya tahan tubuh badan dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh sementara sejumlah mineral iaitu kandungan potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancarkan sistem saraf. Jus buah limau nipis dapat membunuh kuman kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan dan asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut, melancarkan sistem penghadaman serta merawat resdung dan membuang toksin dalam badan.

rawat penyakit resdung dengan buang toksin badan dengan limau nipis

Selain itu, rawat penyakit resdung dengan buang toksin badan dengan pengambilan air beralkali. Air alkali dalam tubuh di antaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan toksin. Namun ternyata banyak manfaat yang diperolehi daripada air alkali (alkaline water) selain dapat menikmati kesegaran.Untuk mengimbangi tahap keasidan, air alkali berion mampu menanganinya kerana ia terdiri daripada kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali serta berupaya meguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses pembuangan melalui sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan kita.

air alkali buang toksin dan rawat resdung

Akhir kata, semoga artikel rawat penyakit resdung dengan buang toksin badan ini berguna buat semua para pembaca manfaatkan dalam kehidupan seharian.