Rawatan Kencing Manis Dengan CMD

Penyakit diabetes menjadi salah satu penyakit yang paling banyak ditakuti oleh masyarakat pada masa kini dan hal ini terjadi kerana penyakit ini menyerang siapa sahaja tanpa mengenal usia lebih-lebih lagi jika seseorang mengalami kencing manis atau diabetes karena faktor keturunan. Hal ini diketahui umum apabila ada keturunan memiliki diabetes risiko adalah lebih besar untuk menghidapi penyakit kencing manis. Sebelum berbincang lebih lanjut tentang gejala penyakit kencing manis, terlebih dahulu admin akan menjelaskan sedikit asal usul penyakit kencing manis ini. Penyakit kencing manis adalah penyakit yang diakibatkan kelebihan kadar gula dalam darah dan mengganggu sistem metabolisma tubuh sehingga mengakibatkan pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin berdasarkan  pada keperluan tubuh. Glukosa menjadi sangat penting karena glukosa menjadi salah satu sumber tenaga bagi tubuh terutamanya otot dan jaringan untuk memberikan tenaga sewaktu melakukan pelbagai aktiviti. Glukosa yang jumlahnya berlebihan dalam tubuh justeru membuat gangguan dalam sistem metabolisma manusia sehingga bagi mereka yang mempunyai kadar berlebihan menderita penyakit kencing manis. Memang benar adanya air kencing seseorang yang menderita diabetes mengandungi gula dalam jumlah banyak. Ujian darah yang ringkas sudah cukup untuk mendiagnos diabetes dan ujian HbA1C memberikan gambaran mengenai keadaan glukosa dalam darah pada dua tiga bulan sebelumnya serta dapat menunjukkan bagaimana anda mengawal paras glukos anda. Sekiranya melebihi 6.5 peratus bermakna kawalan paras glukos anda tidak dikawal dengan baik.

Terdapat banyak cara untuk merawat kencing manis seperti rawatan kencing manis dengan CMD. Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti sodium, potassium, magnesium dan calcium. Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum dan air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan.

rawatan kencing manis dengan air alkali

Rawatan kencing manis dengan CMD kerana Concentrated Mineral Drops (CMD) ini mengandungi kandungan garam dan besi (iron) yang lebih rendah, mengubah struktur rasa minuman yang kita minum menjadikannya berasa sedikit manis dan seperti air mineral gunung serta mempunyai kandungan mineral yang tinggi serta 100 peratus semulajadi tanpa pewarna, perasa dan gula tambahan. CMD semata-mata terdiri daripada 72 minerals dan zarah mineral semulajadi, sesuai diminum dan digunakan oleh semua golongan termasuklah kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu dan juga warga emas.

rawatan kencing manis dengan menggunakan CMD

Demikian ingin admin bincangkan melalui artikel rawatan kencing manis dengan CMD. Selamat mencuba.