Rawatan Penyakit Resdung

Resdung atau nama sainstifiknya sinus memang sinonim dengan orang melayu kita. Resdung juga adalah singkatan bagi masalah resah hidung, sekiranya anda sering mengalami bersin, selesema, mata gatal dan hidung tersumbat secara berterusan melebihi tempoh sebulan kemungkinan anda berpotensi mengalami masalah resdung. Jangkitan bakteria ke atas rongga hidung pada sekelilingnya adalah salah satu punca resdung yang di panggil sinus. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan ianya bersambung ke hidung melalui saluran-saluran  yang sangat kecil. Sinus terbahagi kepada empat bahagian iaitu sinus frontal, sinus etmoid, sinus maksila dan sinus sfenoid. Ia terletak pada bahagian muka iaitu di antara dua mata, pipi di bawah mata, hanya sedikit di belakang hidung turut serta meliputi di bahagian dahi seseorang. Kebiasaannya masalah hidung tersumbat, kerap bersin, selsema serta mata yang selalu berair dan gatal-gatal merupakan tanda awal resdung. Dalam keadaan seperti ini tidak ramai yang berani untuk pergi mendapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan alasan penyakit yang dihadapi tidak begitu serius. Alahan hidung terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca, telinga tengah dan tekak membengkak akibat menghidu hama serta habuk yang tercemar. Perkara itu berlaku kerana hidung mula bertindakbalas lalu mengakibatkan simptom seperti bersin, selesema, gatal mata dan gatal hidung berlarutan. Bagi mengelakkan masalah ini berlarutan, rawatan penyakit resdung diperlukan agar dapat dielakkan.

Rawatan penyakit resdung yang pertama ialah dengan kaedah semulajadi.  Amalkan meminum air suam dan elakkan minum minuman sejuk berais. Amalan ini bukan sahaja untuk mencegah dan menghilangkan resdung, malah sangat disyorkan untuk kesihatan badan secara menyeluruh. Selain itu, seeloknya elakkan diri daripada memakan makanan laut (seafood) seperti kerang, udang dan sotong kerana ada kalanya makanan laut ini mudah tercemar dengan mikrooganisma, bahan kimia dan kandungan logam berat yang sangat merbahaya kepada kesihatan. Jika sistem antibodi seseorang manusia itu lemah, virus penyakit resdung mudah membiak dan mengakibatkan penghidap resdung mengalami simptom-simptom yang kronik selepas pengambilan makanan laut. Jangan makan makanan yang berasaskan jeruk atau bahan yang diperam seperti belacan, cencaluk dan budu kerana bahan ini akan menyebabkan jangkitan kuman dan virus. Elakkan memakan makanan yang terlalu pedas dan terlalu sejuk kerana makanan yang pedas sangat mudah mengakibatkan keradangan pada bahagian rongga pernafasan begitu juga makanan yang terlalu sejuk.

makanan pedas punca resdung

Seterusnya, bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop dan seeloknya elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap individu yang alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya dengan protein atau belacan kerana makanan ini sangat berpotensi untuk mendapat penyakit resdung. Banyakkan berehat dan berbaring dengan posisi menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung.

rehat cukup dapat rawat resdung

Akhir kata, diharapkan agar para pembaca dapat memahami dan mengamalkan sedikit sebanyak rawatan penyakit resdung ini.

 

 

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI