Rawatan Penyakit Resdung

Resdung merupakan sebuah pintu kepada kemasukan kuman-kuman lain yang ada. Pada mulanya resdung ini hanyalah hama yang dikaitkan dengan gejala bersin, gatal dan batuk ringan. Apabila hal ini diabaikan, lama-kelamaan ia akan merebak dan segala bentuk batuk, gatal dan bersin akan bertukar menjadi berat. Kulit pula akan ketara nampak bermasalah seperti jerawat nanah, merah dan bisul dan bila kuman resdung sudah semakin banyak, maka ia akan membentuk sarang berupa lendir yang melekat di bawah permukaan kulit.  Lendir ini berupa saluran sambungan yang mengalir cecair busuk di dalamnya dan oleh sebab itu apabila dipicit muka akan keluar benda putih yang kecil dan ini adalah tapak resdung. Kulit yang sudah dihinggapi akan mudah berjerawat seterusnya sistem ketahanan badan (antibodi) menjadi lemah dan kuman-kuman lain dapat merebak masuk,  apabila banyak kuman masuk dan bercantum antara satu sama lain maka boleh mewujudkan penyakit lain yang lebih serius. Terdapat banyak rawatan penyakit resdung yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada masalah ini semakin teruk.

Kira-kira 60 peratus pesakit resdung tidak perlu untuk berjumpa dengan doktor kerana sebahagian besar kes yang disebabkan virus ini hilang dengan sendirinya. Resdung memerlukan masa lebih kurang dua hingga tiga minggu untuk pulih sepenuhnya. Keadaan ini lebih lama dibandingkan dengan selsema dan jika anda menderita resdung ringan, ubat-ubatan menghilangkan rasa sakit dan decongestant akan membantu mengurangkan simptom yang timbul sebagai contoh paracetamol dan ibuprofen. Ubat ini boleh untuk melegakan sakit kepala, demam, dan rasa sakit pada bahagian muka. Bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, diharamkan mengambil aspirin dan ibuprofen juga tidak digalakkan untuk orang-orang dengan keadaan kesihatan tertentu termasuk yang mengalami asma, ulser gastrik, dan kegagalan jantung.

rawatan penyakit resdung

Ubat-ubatan decongestant, ubat titis atau semburan untuk hidung, boleh melegakan simptom yang muncul dan ubat ini boleh didapati dan dijual secara bebas di farmasi. Rawatan penyakit resdung ini boleh menangani penyumbatan dan memastikan anda boleh bernafas dengan lega tetapi ubat decongestant ini tidak akan membantu mempercepatkan pemulihan resdung. Ubat ini juga tidak boleh digunakan lebih dari seminggu. Selain itu, penyakit resdung ini boleh juga dijalankan dengan menempatkan air suam ke bahagian sekitar pipi. Gunakan tuala bersaiz kecil dan celupkan kedalam air suam kemudian letakkan ke bahagian muka.  Selain itu anda juga boleh mengambil pelbagai makanan yang mempunyai kandungan sea cucumber. Anda boleh makan mentah-mentah ataupun mengambilnya dalam bentuk ekstrak yang kerap dijual di farmasi serta disyorkan untuk memperbanyakkan pengambilan vitamin C supaya sistem imun terjaga dimana Vitamin C boleh didapati dari ekstrak buah oren dan buah jambu.

rawat penyakit resdung dengan decongestant

Oleh sebab itu, rawatlah penyakit resdung dengan kadar segera dengan pelbagai kaedah rawatan penyakit resdung yang sudah tentu akan merawat masalah ini daripada berlarutan.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI