Rawatan Resdung

Resdung di dalam bahasa perubatan ialah Sinusitis. Sinusitus bererti peradangan pada rongga sinus dimana sinus dalam erti kata lain ialah rongga-rongga yang ada di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Ia mempunyai pelbagai fungsi. Ketika anda menyedut udara, udara tidak terus masuk ke paru-paru, sebaliknya ia masuk dulu ke rongga hidung dan ke sinus yang menyaring udara, habuk, bakteria, virus dan bendasing dengan bantuan mukus. Rongga sinus berfungsi untuk meringankan struktur kepala, jika kepala tiada ruang kosong kepala manusia akan dipenuhi oleh tekanan yang tidak dapat keluar. Rongga sinus juga mengoptimumkan suhu udara sebelum masuk ke paru-paru serta untuk resonan suara.Rongga-rongga sinus menghasilkan mukus (cairan/lendir) yang sentiasa disalirkan ke dalam hidung. Namun ada ketika saluran sinus ini tersumbat dan lendir yg terkumpul dalam rongga sinus boleh menjadi tempat pembiakan bagi kuman dan bakteria. Peradangan saluran inilah yang dinamakan sinusitis ataupun resdung. Orang yang sering bersin tidak semestinya mempunyai masalah sinus, bersin kemungkinan besar adalah berpunca dari alergi. Alergi yang tidak dikawal boleh mengakibatkan masalah hidung dan lain-lain anggota. Pada hujung hidung ada satu bahagian yang dipangggil Kiesselbach’s Plexus, yang mana terdapat banyak kapilari yang sangat halus, digunakan untuk melindungi arteri dan saraf dalam tengkorak muka.

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan resdung bersesuaian akan disyorkan oleh pakar perubatan dan salah satunya adalah dengan dekongestan iaitu ubat rawatan resdung titis atau semburan hidung.  Sebahagian besar dekongestan bekerja melalui peningkatan norepinefrin (noradrenalin) dan epinefrin (adrenalin) atau kegiatan adrenergik dengan merangsang reseptor α-adrenergik. Hal ini menyebabkan vasokonstriksi pembuluh darah di area telinga, hidung dan sinus paranasal sehingga kesan yang terlihat ialah berkurangnya proses peradangan dan pembentukan lendir. Penggunaan dekongestan dapat diberikan dalam bentuk diminum ataupun semburan untuk keadaan hidung tersumbat. Berdasarkan cara kerja yang telah disebutkan di atas, dekongestan memiliki kesan tidak hanya pada hidung bahkan juga sehingga kesan ikutan tekanan, kecemasan dan insomnia.  Kesan yang tidak diharapkan juga dapat terjadi pada penderita gangguan jantung, tekanan darah tinggi, glukoma dan diabetes. Harus diperhatikan bahawa penggunaan dekongestan jangka panjang tidak digalakkan kerana menyebabkan fenomena rebound, vasodilatasi dan edema mukosa yang terjadi akibat penggunaan dekongestan berbentuk cecair minuman (oxymetazoline, xylometazoline dan phenilepinephrine) dalam jangka masa yang panjang.

rawatan resdung

Selain itu, rawatan resdung juga boleh dilakukan dengan menggunakan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan pencernaan dan metabolisma. Manfaat minyak kelapa dara dikaitkan dengan kewujudan asid laurik, asid capric dan asid caprylic dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat dan antibakteria bagi merawat resdung.

rawat resdung dengan minyak kelapa dara

Kesimpulannya, rawatan resdung yang sebaiknya boleh digunakan bagi merawat dan mengelakkan daripada masalah resdung ini menjadi semakin serius.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI