Rawatan Tradisional Untuk Resdung

Manusia dan kesihatan tidak dapat dipisahkan. Perubatan merupakan salah cabang sains hayat bagi tujuan menyihatkan tubuh badan dan memanjangkan usia. Bidang perubatan meliputi semua aspek termasuklah pengetahuan sains dan kegunaan pengetahuaan tersebut untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa edisi  Keempat, perubatan ditakrifkan sebagai perihal berubat yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati seperti ilmu, jabatan dan pakar yang melibatkan perubatan. Dengan kata lain, perubatan ialah segala usaha yang dilakukan untuk menghalang dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Perubatan tradisional untuk menghapuskan atau menghilangkan kesakitan dan penderitaan pesakit dengan konsep dan cara tersendiri. Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun serta ianya telah bermula sejak zaman nenek moyang kita lagi dan mungkin juga sudah berusia seusia dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Pelbagai cara telah digunakan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar  berkesan. Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan ialah jampi serapah disamping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan dalam peningkatan taraf hidup masyarakat. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat perubatan moden tetapi kesan tindakan yang diamalkan adalah untuk kesejahteraan hidup jangka masa panjang.

Salah satu rawatan tradisional untuk resdung adalah dengan menggunakan rempah ratus. Rempah ratus berasal daripada campuran 44 jenis herba seperti akar kayu, daun-daun terpilih dan biji-bijian. Rempah ini mujarab untuk mengembalikan semula tenaga dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan dan bahan-bahannya merangkumi akar telunjuk langit, akar Siti Fatimah, tongkat Ali, akar tutup bumi, bunga pakma dan akar seringan. Daun-dan akar kayu ini dicari dan digali jauh ke dalam hutan dan setelah itu dijemur sehingga kering serta sedia untuk dijadikan ubat-ubatan. Ada yang menggunakannya dengan merebus lalu diminum serta dijadikan serbuk atau dimasukkan ke dalam bentuk kapsul.

rawatan tradisional untuk resdung dengan rempah ratus

Selain itu, rawatan tradisional untuk resdung yang boleh dilakukan ialah dengan bawang putih. Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan, malahan ianya berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir. Orang-orang Mesir purba percaya dengan memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan. Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino, apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggil allinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 peratus penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat resdung dan pelbagai jenis penyakit.

rawatan tradisional untuk resdung

Diharapkan agar pembaca dapat memanfaatkan artikel tentang rawatan tradisional untuk resdung ini.

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI