Rawatan Untuk Pesakit Stroke

Penyakit stroke juga turut dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Pesakit yang menghidapi penyakit stroke ini lazimnya akan mengalami kelumpuhan separuh badan. Samada kekal atau sementara, ianya adalah bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri.
Bagaimana penyakit stroke terbentuk? Penyakit ini secara kasarnya berlaku disebabkan oleh gangguan pada sistem saraf otak manusia. Sebagaimana yang telah kita ketahui, otak merupakan organ terpenting dalam sistem saraf manusia. Otak berfungsi sebagai raja yang mengawal setiap tindakan dan tingkah laku setiap anggota tubuh badan. Sekiranya otak mengalami gangguan, maka pergerakan anggota tubuh manusia akan terjejas dan terhenti.
Permasalahan ini adalah berpunca daripada kegagalan hemoglobin, sel darah merah yang membawa bekalan oksigen untuk tiba ke otak dengan baik dan mengikut percaturannya. Kegagalan ini pula disebabkan oleh dua faktor. Pertama adalah disebabkan perjalanan darah tersekat ( stroke iskemia) dan kedua dalah kekurangan bekalan oksigen dalam darah ( stroke pendarahan).

cara merawat stroke
Penyakit stroke akan menyebabkan pesakit mengalami kesukaran untuk bergerak dan mengintepretasi maklumat dengan baik. Oleh hal yang demikian, artikel pada kali ini akan membincangkan tentang rawatan untuk pesakit stroke.
Pesakit yang menghidap stroke hendaklah dirawat dengan penuh kesabaran dan etika. Penyakit stroke mampu untuk disembuhkan hanya saja jika pesakit mendapatkan rawatan yang konsisten dan berjadual.
Rawatan untuk pesakit stroke yang pertama ialah dengan mengajarkan pesakit cara untuk menggerakkan anggota-anggota kecil seperti jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan punggung. Pergerakan ini adalah sangat penting untuk memberikan galakan kepada anggota tubuh bergerak. Dan hal ini juga bagi mengelakkan anggota tubuh tersebut terus mati.

langkah-langkah untuk merawat pesakit stroke
Seterusnya, pesakit yang menghidap penyakit stroke ini juga perlu dilatih untuk berjalan. Pada masa ini, pesakit perlu berjalan dengan menggunakan tongkat sebagai alat sokongan kepada tubuh badan. Walaupun demikian, pesakit masih perlu untuk dipantau dan melakukan pergerakan yang minima bagi mengurangkan kesakitan pesakit.
Seandainya pesakit menampakkan kesan yang positif terhadap latihan berjalan, maka pesakit sudah boleh melakukan latihan yang seterusnya iaitu dengan mengawal kestabilan badan dengan cara menggunakan tubuh badan sendiri secara spontan sebagai daya respon yang baik untuk mengelakkan daripada terjatuh. Namun seandainya pesakit tidak mampu melakukannya dengan baik, latihan di dalam kolam renang sangat baik untuk meningkatkan daya kestabilan diri. Tambahan pula, latihan di dalam kolam renang ini sangat mudah untuk pesakit dan tidak menyakitkan mereka.
Selain daripada pergerakan fizikal, rawatan untuk pesakit stroke juga menitikberatkan aspek pemakanan. Pesakit yang menghidap stroke dilarang sama sekali untuk emngambil daging merah atau makanan yang berlemak. Pesakit sangat digalakkan untuk mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Dalam masa yang sama, pengambilan garam juga perlu dikurangkan bagi pesakit.
Demikian serba sedikit perkongsian tentang rawatan untuk pesakit stroke. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada setiap pembaca.