Risiko Penyakit Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang seringkali dihidapi oleh sebilangan besar masyarakat kita pada hari ini. Peningkatan bilangan pesakit yang menghidap penyakit angin ahmar ini benar-benar menggusarkan banyak pihak. Apakah faktor terbentuknya penyakit stroke ini?
Penyakit stroke ini secara umumnya adalah disebabkan oleh kegagalan otak untu mengawal pergerakan anggota tubuh badan yang menyebabkan anggota tubuh badan tersebut mengalami kelumpuhan. Penyakit stroke ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama stroke iskemia dan kedua ialah stroke pendarahan.

akibat stroke
Stroke iskemia ialah penyakit stroke yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah manusia. Salur darah ini tersumbat disebabkan oleh pembentukan darah beku atau plak yang menghalang atau menyekat pengaliran darah di dalam salur darah. Pembentukan plak merupakan penggumpalan lipid dan kolestrol di dalam salur darah manusia.
Stroke pendarahan pula ialah stroke yang disebabkan oleh terjadi pendarahan pada salur darah manusia. Hal ini menyebabkan bekalan oksigen yang disalurkan ke otak tidak mencukupi untuk kegunaan otak. Hal ini adalah disebabkan oleh ‘kebocoran’ yang berlaku pada salur darah manusia.
Penyakit stroke ini adalah juga berpunca daripada kawalan stress yang tidak terurus. Sekiranya seseorang individu itu mengalami stress yang melampau, maka tekanan darah juga akan meningkat. Dan hal ini menyebabkan pembuluh darah akan mengeras dan juga menyebabkan darah mudah membeku. Lantas salur darah akan tersumbat.
Dalam masa yang sama, penyakit stroke ini juga disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak seimbang dan tinggi kolestrol. Seterusnya, penyakit stroke juga terjadi sekiranya seseorang individu itu merupakan seorang perokok atau peminum arak dan air yang bersoda.
Penyakit stroke juga membawa kepada beberapa risiko. Dan di antara risiko penyakit stroke ialah, pesakit akan mengalami corak pergerakan yang tidak normal di sebelah badan, hemiplegia. Oleh kerana otak kanan mengawal pergerakan di sebelah kiri dan begitulah hal yang sebaliknya, maka hemiplegia ini terjadi pada bahagian yang bertentangan dengan behagian yang mengalami stroke.

stroke menyebabkan perubahan fizikal
Dalam masa yang sama, pesakit stroke juga mengalami kesukaran untuk membaca, menulis dan memahami apa yang diucapkan atau perkara yang disampaikan kepada mereka. Hal ini kerana, otak tidak mampu untuk mengintepretasi maklumat dengan baik. Risiko penyakit stroke yang seterusnya ialah, pesakit juga tidak mampu untuk mengawal pembuangan najis dengan baik. Dalam masa yang sama, pesakit juga akan kehilangan sebahagian penglihatannya serta sukar untuk menelan sesuatu di dalam mulut.
Risiko penyakit stroke yang seterusnya ialah, pesakit akan menjadi terlampau cemas atau sentiasa dalam keadaan was-was dan berjaga -jaga. Pesakit juga mudah murung serta tidak dapat mengawal emosi dengan baik. Di samping itu pesakit juga tidak mampu untuk mempelajari kemahiran yang baru dengan baik. Seterusnya, pesakit juga tidak mampu untuk mengagak jarak, saiz dan kedudukan dengan tepat serta kehilangan rasa di sebelah badan.
Demikian beberapa risiko penyakit stroke yang dapat dikongsikan bersama. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca