Teknik Merawat Resdung

Resdung adalah antara penyakit yang lumrah kita dengar di kalangan masyarakat kita terutamanya masyarakat melayu. Pakar perubatan memanggil penyakit ini sebagai sinusitis yang bermaksud radang sinus. Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Ianya terletak pada bahagian muka, pipi, di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada teori yang mengatakan sinus berfungsi untuk meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam dengungan suara. Menurut perubatan moden, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus. Para doctor yang sering melihat bakteria selalunya adalah punca yang menyebabkan mereka gemar memberikan rawatan antibiotik. Bagi seseorang yang kerap bersin dan batuk-batuk serta kadang-kadang rasa tidak sedap badan atau keletihan, hidung pula rasa berair dan tersumbat, itu mungkin petanda beliau menghidap penyakit resdung. Adakalanya, seseorang itu merasa perit tekak, sakit berpanjangan dan berulang-ulang serta bahagian muka boleh berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata. Tidak kira melalui perawatan tradisional mahupun moden, terdapat banyak teknik merawat resdung yang betul.

Salah satu teknik merawat resdung adalah dengan Set Perawatan Resdung Sinose dengan 5 produk khusus yang membantu dalam melegakan masalah resdung dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Tablet resdung, Kapsul Nose Clear, Corong Bekam Asap SiNose, SiNose Herbal Face Soap dan SiNose Face Treatment Powder. Ia adalah rawatan tradisi yang telah diamalkan berkurun lamanya di mana kain kapas berkualiti tinggi dimasukkan ke dalam rebusan akar-akar kayu seperti akar mengkunyit, daun pinang dan kulit kayu manis, dikeringkan lalu digulung panjang untuk dijadikan corong bekam asap. Corong herba yang dibakar di hujung atas ini akan mengeluarkan asap di bahagian bawah. Asap tadi akan dihalakan di seluruh bahagian muka terutama hidung dan khasiat herba yang terkandung di dalam corong ini dipercayai dapat membantu untuk mengurangi atau membunuh kuman atau hama yang menyebabkan terjadinya alahan resdung.

teknik merawat resdung dengan sinose

Selain itu, anda juga boleh menggunakan bahan semulajadi seperti Garam Himalaya. Garam Himalaya adalah garam bukit yang berasal dari kawasan gunung Himalaya. Garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geomatrik kristaline yang amat sempurna. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat dalam tubuh manusia. Garam Gunung Himalaya berbeza dengan garam halus biasa yang diproses yang dimana kandungan sodiumnya merupakan sodium pasif yang menyebabkan tekanan darah naik.

teknik merawat resdung dengan garam himalaya

Akhir kata, teknik merawat resdung amat banyak dan sebahagiannya dibincangkan dalam artikel ini. Diharapkan ianya bermanfaat buat para pembaca.
 

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI