Teknik Merawat Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang kini semakin banyak dihidapi oleh masyarakat kita. Lazimnya, pesakit yang menghidap penyakit stroke ini akan mengalami kelumpuhan pada anggota-anggota yang tertentu seperti kaki. Pesakit yang menghidapi stroke juga biasanya akan mengalami perubahan fizikal, seperti mulut mereka akan terherot ke tepi. Penyakit stroke adalah terjadi disebabkan berlaku gangguan atau sekatan terhadap darah yang mengalir ke otak. Penyakit stroke terjadi apabila saluran darah samada arteri atau vena tersumbat disebabkan adanya darah beku yang meghalang peredaran darah.

rawatan stroke dengan menggerakkan pergelangan tangan

Dalam masa yang sama, penyakit stroke juga boleh terjadi sekiranya terdapat pendarahan pada sisten saliran darah pada otak. Namun dalam masa yang sama juga, penyakit stroke juga boleh disebabkan oleh pembentukan plak yang terdiri daripada kolestrol dan lipid. Kolestrol dan lipid merupakan bahan yang tidak boleh larut di dalam bendalir. Jadi pembentukan dan penggumpalan plak boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan darah tidak dapat mengalir dengan baik. Dan sekiranya hal ini terjadi, maka otak tidak akan dapat memperoleh oksigen yag cukup untuk mengawal pergerakan anggota tubuh yang lain. Oleh hal yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang teknik merawat stroke.

Pesakit stroke hendaklah dirawat dan dilayan dengan penuh kesabaran dan tertib. Kerana pada masa ini, pesakit akan bertindak seperti bayi yang tidak dapat menguruskan diri mereka sendiri. Pesakit stroke hendaklah diajarkan tentang pekara asas seeprti berjalan, bercakap, makan dan sebagainya. Hal ini kerana gangguan pada otak menyebabkan pesakit tidak mampu menganalisa dengan baik.

Seterusnya, teknik merawat stroke adalah dengan menjaga gaya pemakanan pesakit. Lazimnya, penyakit stroke juga disebabkan oleh bertambahnya kandungan lemak di dalam tubuh. Oleh hal yang demikian, pesakit hendaklah mengamalkan pemakanan sihat dan banyak mengambil buah-buahan. Dalam masa yang sama, pesakit juga hendaklah mengelakkan daripada mengambil daging merah. Hal ini demikian kerana daging merah mempunyai banyak lemak yang menyebabkan saluran darah mengeras dan menyumbangkan lagi kepada penggumpalan darah di dalam arteri atau vena.

rawatan stroke di dalam kolam renang

Teknik merawat stroke yang seterusnya adalah dengan mengajarkan pesakit untuk menggerakkan anggota-anggota kecil seperti jari, pergelangan tangan, siku, bahu dan punggung. Hal ini dapat membantu pesakit untuk mudh bergerak. Dan sekiranya terdapat perubahan positif pada pesakit, pesakit hendaklah diajarkan berjalan. Pada masa ini, pesakit perlu dituntun atau berjalan dengan menggunakan pengampu atau tongkat yang dapat memberi sokongan kepada pesakit.

Teknik merawat stroke yang seterusnya ialah dengan melakukan latihan keseimbangan badan. Pada waktu ini, pesakit harus menyeimbangkan badan dengan melakukan gerakan respon serta merta. Namun sekiranya pesakit tidak dapat melakukannya dengan baik, latihan di dalam kolam sangat baik untuk memberikan daya apungan dan keseimbangan kepad pesakit.

Demikian sedikit sebanyak perkongsian tentang kedah merawat pesakit stroke. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan manfaat bersama.