Tips Agar Awet Muda

Setiap wanita pasti ingin terlihat cantik dan awet muda tetapi kesalahan dalam pola hidup, cara pemakanan ataupun penyebab lain dapat membuatkan kita stress dan membuat wajah kita tidak terurus, kusam dan tidak menawan serta kesibukan tugasan seharian pasti menyukarkan kaum wanita untuk meluangkan masa yang lama untuk membuat rawatan kecantikan tidak kira di rumah mahupun di salon kecantikan. Namun itu bukan alasan untuk tidak menjaga kecantikan kerana ada banyak lagi cara lain untuk memastikan diri sentiasa awet muda. Selain pengambilan supplemen dan penggunaan pelbagai jenis produk kecantikan atau perawatan wajah yang ada dipasaran, ada beberapa petua tradisional yang juga boleh diamalkan. Selalu terlihat muda merupakan perkara yang menyenangkan dan hal ini menandakan bahawa kecantikan yang dimiliki masih terjaga meskipun usia semakin bertambah. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua. Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya dan oleh sebab itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita sebaik mungkin. Apa yang kita cuba usahakan yakinlah pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Tips agar awet muda sentiasa adalah tidur yang cukup. Tidur pada malam hari memerlukan waktu 7 sampai 8 jam untuk memberikan tubuh waktu untuk memperbaiki sel dan beristirahat setelah seharian melakukan aktiviti. Sebaiknya jagalah kualiti tidur anda dan jangan sesekali membiarkan otak terlelap dalam keadaan stress. Bersihkan kawasan istirehat anda jauh dari benda-benda yang mengganggu keamanan seperti laptop dan buku. Buatkan tempat tidur itu salah satu zon istirehat yang selamat dan tenang dengan tidak membiasakan diri melakukan aktiviti lain di tempat tidur selain beristirahat. Apabila anda meletakkan televisyen pada ruangan bilik tidur, jangan menghidupkan ia sewaktu anda ingin tidur. Ini akan menarik waktu tidur anda sehingga mengurangkan waktu tidur yang sebenar. Matikan semua lampu dan sumber cahaya agar suasana sekeliling yang tenang mendorong anda untuk tidur lena serta dapat berehat dengan cukup.

tidur yang cukup untuk kekal muda

Mencuci wajah dengan cara yang betul juga merupakan salah satu tips agar awet muda yang berkesan. Kenali jenis wajah anda terlebih dahulu kerana sabun yang digunakan untuk kulit kering tentu berbeza dengan sabun muka yang dipakai untuk kulit normal atau kulit berminyak. Perhatikan juga scrub dalam sabun muka kerana ramai yang beranggapan semakin banyak scrub dalam sabun maka semakin baik untuk digunakan, akan tetapi penggunaan scrub dalam sabun muka tidak dianjurkan sehingga anda memilih sabun muka berbentuk gel tanpa scrub. Cuci tangan terlebih dahulu sebelum mencuci muka kerana tangan yang masih kotor akan memindahkan kuman yang ada pada tapak tangan ke bahagian muka dan menjejaskan kulit wajah anda.

tips agar awet muda

Akhir kata, semoga para pembaca mendapat manfaat yang secukupnya melalui artikel tips agar awet muda ini supaya anda kekal muda dan sihat sentiasa.