Tips Agar Kulit Putih

Umumnya kaum wanita sangat menginginkan kulit yang putih, cerah dan bersih. Hal ini adalah kerana adanya tanggapan bahawa memiliki kulit yang putih akan menyempurnakan setiap penampilan. Bayangkan saja jika kulit anda kusam dan tidak menyerlah, pastinya anda akan runsing dalam menentukan warna pakaian yang sesuai, lain pula halnya jika anda memiliki kulit putih dan bersih pakaian apapun sesuai apabila dikenakan. Memiliki kulit wajah yang putih dan bersih tentu sahaja dapat meningkatkan tahap kepercayaan diri setiap orang lebih lebih lagi mereka yang memiliki wajah yang putih dan bersih dapat dianggapkan bahawa orang tersebut memiliki kulit yang sihat. Kesihatan kulit muka masih menjadi perhatian penting bagi kebanyakan orang baik lelaki mahupun perempuan kerana tentu sahaja setiap orang ingin tampil dengan wajah yang putih dan bersih. Perawatan kulit yang dilakukan haruslah merangkap perawatan kulit tubuh dan wajah, tidak boleh memilih salah satu sahaja kerana sudah tentu anda tidak ingin kulit wajah anda jauh lebih putih daripada kulit tubuh. Cara merawat kulit tubuh agar putih sebenarnya tidak jauh berbeza dengan perawatan kulit wajah serta bahan yang digunakan pun agak sama seperti susu, madu, yoghurt, strawberry dan pelbagai bahan semulajadi lain.

Pertama sekali, tips agar kulit putih adalah dengan menggunakan susu. Sejak dahulu lagi susu dipercayai dapat menutrisi kulit dan hal ini dapat dibuktikan dengan banyak produk di pasaran dan perawatan kecantikan di salon mahupun klinik yang menggunakan bahan dasar susu asli. Susu diketahui banyak mengandungi zat seperti protein, air, kalsium, dan zat besi yang dapat membantu dalam menjaga dan merawat kecantikan serta kesihatan kulit kita. Susu segar juga sangat sesuai digunakan untuk merawat kelembapan kulit dan mencerahkan kulit. Selain itu, susu juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah kulit lain seperti kulit kasar, kering, pecah-pecah, bersisik, dan belang pada kulit tanpa membuatkan kulit menjadi iritasi.Kesan memutihkan yang diperoleh daripada susu adalah kekal meskipun hasilnya tidak dapat dilihat secara langsung namun akan terasa pada perawatan rutin yang teratur kerana kandungan vitamin A, D dan E yang terkandung di dalam susu sangat baik untuk kulit kita.

susu pemutih kulit

Tips agar kulit putih yang seterusnya ialah dengan menggunakan bengkuang. Bengkuang memiliki kalsium dan vitamin yang bagus untuk membantu dalam memutihkan kulit. Bengkuang merupakan sejenis buah yang banyak mengandungi air dan ianya sendiri tumbuh di dalam tanah termasuk buah dalam akar umbinya. Bengkuang juga mengandungi vitamin C, zat besi, kalsium, lemak, karbohidrat dan vitamin B yang baik dan diperlukan oleh tubuh. Bahkan kini bengkuang banyak di jadikan bahan utama dalam segi perawatan kecantikan baik untuk lelaki mahupun wanita.

tips agar kulit putih dengan bengkoang

Akhir kata, semoga artikel tips agar kulit putih ini dapat membantu para pembaca sedikit sebanyak tentang bagaimana untuk mendapatkan kulit yang putih mulus.