Tips Bina Badan Dengan Cepat

Bina badan merupakan latihan kekuatan yang banyak menggunakan rintangan untuk memperkuatkan dan keadaan sistem otot, meningkatkan bentuk otot dan daya tahan. Jika kaedah yang digunakan betul dan konsisten, anda boleh perhatikan peningkatan dalam saiz otot, meningkatkan kekuatan otot, dan meningkatkan kekuatan tendon, tulang, dan kekuatan ligamen. Aktiviti bina badan ini telah terbukti meningkatkan kesihatan psikologi dengan meningkatkan keyakinan dan harga diri. Jikalau badan lembik dan banyak lemak, kadang-kadang ianya terlalu membuatkan kita kurang bermotivasi dan tidak bagus untuk kesan psikologi kesihatan kita. Pentinganya untuk membina otot ini ialah ianya banyak membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme badan kita. Basal Metabolic Rate (BMR) amat penting kerana ia dapat  menunjukan berapa banyak tenaga yang kita gunakan semasa kita berehat agar fungsi badan kita berada pada tahap normal. Meningkatkan tahap metabolisme juga adalah satu faktor penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan dan mengekalkan bentuk badan yang menarik dan menawan.

Di amtara tips bina badan dengan cepat ialah dengan pengamalan minyak ikan. Manfaat pengambilan minyak ikan dalam pemakanan seharian banyak diperkatakan. Minyak ikan khususnya ikan berlemak yang lazimnya diperolehi daripada lautan perairan sejuk seperti salmon, tuna, makerel, hering dan beberapa jenis lagi, lebih khusus lagi adalah kandungan asid lemak iaitu Omega 3. Dalam beberapa dekad ini banyak kajian klinikal yang diterbitkan bagi menyokong kesan positif pengambilan asid lemak omega 3 kepada kesihatan. Kesihatan jantung antara isu yang banyak dibincangkan apabila dikaitkan dengan manfaat pengambilan minyak ikan. Omega 3 adalah salah satu jenis asam lemak esensial yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh dan cara memenuhinya maka harus didapatkan dari sumber makanan yang kita ambil. Asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan bermanfaat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dengan cara mempengaruhi jumlah dan aktiviti sitokin dan eicosanoid dalam tubuh kita. Pada dasarnya minyak ikan memiliki potensi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia, namun penelitian lebih lanjut masih diperlukan.

bina badan dengan minyak ikan

Tips bina badan dengan cepat yang seterusnya adalah dengan memakan bayam. Bayam adalah sumber makanan yang kaya dengan nutrisi untuk kesihatan kita. Bayam mengandungi vitamin, mineral dan fitonutrien rendah kalori. Dengan demikian, bayam sangat baik untuk orang yang ingin menurunkan berat badan atau bagi yang sedang berdiet. Bayam mengandungi vitamin A, B2, C, E dan K, zat besi, kalsium, magnesium, mangan, fosfor, seng, selenium, tembaga, folat, protein dan serat makanan. Bayam juga mengandungi flavonoid dan karotenoid. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cell Metabolism pada tahun 2011 menunjukkan apabila kita memakan sekitar 300 gram bayam ianya dapat mengurangkan hampir lima peratus oksigen yang diperlukan sebagai tenaga otot sepanjang melakukan senaman.

tips bina badan dengan cepat

Akhir kata diharapkan perkongsian admin dalam artikel tips bina badan dengan cepat ini mampu membantu para pembaca dalam mendapatkan badan yang berotot dan sihat dengan kadar yang cepat.