Tips Diet Yang Berkesan

Penampilan yang baik dan ideal tentu didambakan oleh setiap orang baik lelaki mahupun perempuan. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk boleh membuat atau mempertahankan kelangsingan tersebut.  Jika anda memiliki berat badan yang berlebih dari ukuran yang ideal ada beberapa cara yang boleh dilakukan selain bersenam iaitu diet seimbang dan berkesan. Memiliki pinggang ramping tentu akan menjadi impian semua wanita. Selain menjadi terlihat langsing, pinggang yang ramping juga dapat menjadi pengukur bahawa seseorang memiliki tahap kesihatan lebih baik daripada orang lain. Seperti yang diungkapkan oleh Hans Vaaler yang menngatakan bahawa akumulasi kelebihan lemak di kawasan pinggang akan meningkatkan risiko ketidakseimbangan hormon dan memberi kesan buruk bagi kesihatan. Beberapa ahli pakar  juga mengemukakan hasil penelitian bahawa lingkaran pinggang wanita ideal seharusnya tidak melebihi 50 peratus daripada ukuran ketinggian mereka seperti apabila ketinggian badan seorang wanita sekitar 160-170 cm maka ukuran pinggang yang ideal adalah 80- 85 cm. Ketika seorang wanita mengimpikan bentuk tubuh yang menawan tentunya ia akan melakukan banyak inisiatif bagi memastikan  impian mereka tercapai.

Tips diet yang berkesan yang pertama ialah dengan memperbanyakkan sayuran dalam pola pemakanan seharian. Sayur merupakan sumber serat bebas lemak dan sangat sesuai untuk menu diet yang sihat. Jika cuma sayuran yang dimakan tanpa tambahan yang lain, sayuran hijau mengandungi kalori kurang daripada 25 per portion makanan yang dimakan. Sayur-sayuran kaya dengan kandungan betakaroten, alfakaroten, dan lutein yang terkandung dalam klorofil. Dengan pengambilan sayur-sayuran hijau khususnya akan melindungi sel lemah daripada serangan kanser. Selain itu, sayuran juga mengandungi vitamin yang bekerja sebagai antioksidan dengan cara mengikat lalu menghancurkan radikal bebas serta mampu melindungi tubuh daripada reaksi oksidatif yang menghasilkan racun dalam tubuh. Serat kasar yang terdapat dalam sayuran tidak boleh terurai dengan sistem pencernaan dan berfungsi menyerap zat buangan dan membantu gerakan peristaltik usus bagi mengalakkan sisa makanan keluar dari tubuh badan.

sayuran merupakan makanan diet yang bagus

Selain itu, tips diet yang berkesan juga dapat dilakukan dengan pengambilan air putih secukupnya. Air amat penting untuk diet yang sihat. Pengambilan air yang cukup akan mengawal selera makan serta membantu penghadaman dengan menghasilkan air liur dan enzim yg meleraikan makanan. Minum air sebanyak 500ml juga dapat meningkatkan metabolisma sebanyak 30 peratus dan menolong menukar makanan kepada tenaga. Mengkonsumsi air putih 3 liter sehari dapat membantu dalam proses meningkatkan tahap metabolisme dalam tubuh dan hasilnya pembakaran kalori sewaktu bersenam akan lebih efektif. Inilah sebabnya mereka bagi mereka yang ingin turun berat badan disarankan untuk minum banyak air putih.

tips diet yang berkesan

Sebagai penutup, semoga tips diet yang berkesan ini memberi manfaat buat para pembaca dalam mengamalkan proses diet yang betul dan seimbang.