Tips Diet Yang Sihat

Pengetahuan tentang program diet sihat dan cepat sememangnya sangat diperlukan dan diburu oleh ramai orang. Di masa kini, kita dapat melihat pelbagai kes ramai di kalangan manusia mengalami kes obesiti dan kegemukan disertakan dengan fungsi kesihatan yang semakin menurun. Di samping itu, dengan program diet yang betul maka ramai yang akan mendapatkan gambaran dan panduan yang ideal dalam menurunkan berat badan. Perkataan diet boleh diertikan dengan kata yang mudah iaitu “tidak makan supaya kurus”.  Malalui kata istilah yang lebih tepat, diet adalah jumlah makanan yang diambil oleh seseorang dan jenis diet ini dipengaruhi oleh latar belakang asal individu itu sendiri. Di zaman yang serba moden ini, ramai yang mencari penyelesaian untuk menurunkan berat badan dan mengubati pelbagai masalah kesihatan disebabkan pola hidup baikpun melalui ubat-ubatan, terapi mesin bahkan sampai pembedahan menyedut lemak. Apabila kita mengatur pola makan dan minum dengan betul maka dengan sendirinya tubuh badan kita akan memberikan reaksi yang tepat terhadap makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh sehingga akan mendapatkan ukuran tubuh yang diinginkan. Perlu diketahui bahawa penyebab kelebihan berat badan adalah diakibatkan oleh metabolisma yang lambat, makan secara berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Pertama sekali, tips diet yang sihat adalah dengan minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air merupakan zat yang mudah ditemui di sekitar kita. Sudah tentu sering kita menggunakannya setiap hari baikpun untuk mandi, mencuci, memasak, mahupun minum. Namun sayingnya, kita hanya menggunakannya sahaja tanpa mengetahui manfaatnya secara pasti. Setiap hari, air yang kita harus ambil adalah sebanyak 2.5 liter. Jumlah tersebut adalah berasal daripadapelbagai jenis makanan ataupun minuman. Pengambilan air sebanyak ini harus diambil perhatian kerana 70 peratus tubuh manusia terdiri daripada air. Manusia dalam pelbagai keadaan, dapat hidup lama tanpa makanan namun manusia tidak akan bertahan hidup tanpa air. Begitu pentingnya air bagi tubuh kita, menjadikan air memiliki pelbagai fungsi untuk tubuh badan dan diet seharian.

diet sihat dengan air puti

Tips diet yang sihat seterusnya adalah dengan bersenam. Selain amalan makanan yang sihat dan rehat secukupnya, senaman merupakan salah satu komponen gaya hidup sihat yang sangat penting kerana ianya merupakan sejenis aktiviti riadah yang boleh dilakukan oleh semua individu tanpa mengira umur, jantina dan pekerjaan. Senaman melibatkan aktiviti formal dan fizikal seperti berjoging, berlari, bersukan, berjalan kaki, berbasikal, berenang, lompat tali, tarian dan sebagainya. Hakikatnya dengan melapangkan sedikit masa, tenaga dan komitmen banyak faedah yang di perolehi daripada aktiviti bersenam ini. Mereka yang aktif bersenam dengan tetap, mempunyai kadar kematian yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak aktif, senaman didapati berkesan untuk memperbaiki dan meningkatkan taraf kesihatan terutamanya bagi mereka yang berpenyakit dan bermasalah seperti penyakit jantung, diabetes, kegemukan, hipertensi dan osteoporisis.

tips diet yang sihat

 

Diharapkan agar artikel tentang tips diet yang sihat ini mampu membuka ruang minda para pembaca serta memberi idea bagaimana untuk memanfaatkan diet untuk tubuh badan yang sihat.