Tips Elak Rambut Kering

Rambut adalah mahkota setiap insan, baik wanita mahupun lelaki yang harus dijaga dengan kemas dan rapi. Wanita yang memiliki rambut cantik akan meningkatkan tahap keyakinan diri, keanggunan dan sudah pasti pesona kecantikan dari luar dan dalam. Sementara buat para lelaki yang rambutnya kemas, lurus serta tampak berkilau akan memberikan kesan rapi dan elegan. Tetapi seperti yang kebanyakan dari kalangan anda ketahui, banyak faktor yang membuatkan rambut kemas, rapi dan anggun tadi rosak sekelip mata apatah lagi bagi mereka yang tinggal di negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia dimana sinar matahari adalah musuh bagi setiap helai rambut anda. Rambut yang sering terkena sinar matahari berpotensi mengalami kekeringan. Rambut kering adalah masalah biasa menyerang seseorang tidak kira tua, muda, lelaki dan wanita bukan halangan baginya. Keadaan rambut yang kering terkadang disertai dengan rambut  mengembang sehingga rambut sukar untuk dileraikan kecuali sebelumnya telah dibasahi atau setelah mandi selepas menggunakan minyak rambut. Penyebab utama rambut kering adalah sinar matahari tetapi menurut Dr. Nipun Jain dari Sri Balaji dari Action Medical Institute masih ada beberapa penyebab kerendahan tingkat kelembaban rambut salah satunya ialah penyakit anoreksia nervosa dimana penyakit ini menjadi penyebab kepada masalah rambut kering kerana penyakit ini membuat tubuh kekurangan berbagai mikronutrisi yang diperlukan oleh rambut.

Terdapat banyak tips elak rambut kering salah satunya ialah dengan menggunakan mayonis. Mayonis mrupakan sejenis sos yang diperbuat daripada bahan semulajadi yang menyihatkan diri secara keseluruhan seperti minyak zaitun, telur ayam dan cuka. Mayonis bukan sahaja bertindak sebagai perasa makanan semata-mata malahan ianya boleh digunakan untuk melembapkan rambut. Bahan-bahan semulajadi yang terkandung dalam mayonis ini terbukti mengandungi vitamin dan protein yang membantu dalam memberi nutrisi pada rambut sehingga rambut terasa lembut. Matahari, debu dan pencemaran tidak hanya membuat kulit wajah menjadi cepat tua tetapi akan merosakkan kecantikan rambut anda dan jika anda rajin menggunakan mayonis sebagai masker rambut  maka setiap helaian rambut anda akan membentuk lapisan sebagai pelindung dari cahaya matahari.

elak rambut kering dengan masker mayonis

Tips elak rambut kering seterusnya ialah dengan minyak zaitun. Minyak zaitun merupakan minyak yang berasal dari pohon zaitun. Pohon zaitun berasal dari kawasan mediteranian yang memang terkenal dengan menghasilkan ekstrak yang kaya dengan pelbagai manfaat. Minyak zaitun dapat digunakan untuk memasak sebagai pengganti minyak goring tetapi selain untuk memasak ramai yang memanfaatkannya untuk kecantikan khususnya kecantikan rambut. Minyak zaitun boleh mengatasi semua masalah rambut, mungkin anda kurang yakin pada diri sendiri dengan rambut yang tidak sihat apalagi sebagai seseorang yang sering tampil di depan umum, hal ini akan menjadi pemacu ancaman karier dan kerjaya anda.

Tips Elak Rambut Kering

Sebagai penutup, diharapkan agar tips elak rambut kering ini mampu merawat masalah rambut kering yang anda alami. Selamat mencuba.