Tips Elak Strok

Strok adalah keadaan yang terjadi ketika jumlah darah ke bahagian otak terputus akibat penyumbatan atau pecahnya pembuluh darah sehingga terjadi kematian sel-sel pada sebahagian kawasan otak. Strok merupakan penyakit yang harus didapatkan rawatan dengan segera apabila anda sudah mula mengalaminya. Ketika jumlah darah yang membawa oksigen dan nutrisi ke bahagian otak terputus, maka sel-sel otak akan mulai mati dan oleh kerana itu semakin cepat penyakit strok ini ditangani, kerosakan yang terjadi pun semakin kecil bahkan kematian juga boleh dihindari. Jenis-jenis strok jika dilihat dari penyebabnya dapat dibahagi menjadi dua iaitu strok iskemik dan strok hemoragik. Strok iskemik terjadi apabila jumlah darah berhenti akibat gumpalan darah dan strok hemoragik terjadi jika pembuluh darah yang memasukkan darah ke bahagian otak pecah. Ada juga yang disebut sebgai TIA (Transient Ischemic Attack) atau strok ringan. TIA terjadi ketika darah yang mengalir ke otak mengalami gangguan sesaat yang biasanya bermula dengan gejala pening, penglihatan berganda, tubuh secara mendadak terasa lemas dan sukar berkomunikasi. Meskipun hanya sesaat, ianya tetap harus ditangani secara serius kerana hal ini biasanya merupakan peringatan akan datangnya serangan strok berat

Perkara pertama yang akan dibincangkan dalam artikel tips elak strok ini adalah dengan mengawal kadar kolestrol dalam badan. Tahap kolesterol yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti strok dan serangan jantung. Bagi orang dewasa, tahap kolesterol normal adalah kurang dari 200 mg/dl, jika berada di atas tahap ini, risiko mendapat penyakit koronari meningkat terutama sekali jika bacaan kolesterol dari 200mg/dl ke 2239 mg/dl. Keseimbangan antara LDL dan HDL adalah amat penting bagi menjamin kesihatan anda. LDL atau ‘lower density lipoproteins’ juga dikenali sebagai ‘kolesterol kurang baik’ manakala HDL atau ‘high density lipoproteins’ adalah ‘kolesterol baik’. LDL menyebabkan arteri tersumbat dengan kolesterol manakala HDL menghalang perkara ini berlaku. Cara yang boleh diamalkan dalam mengawal kadar kolestrol dalam badan dengan mengurangkan pengambilan santan kerana ia mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi yang boleh menaikkan tahap LDL badan.

kawal kolestrol anda

Tips elak strok yang seterusnya ialah dengan mengawal darah tinggi. Adalah sangat penting untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90 peratus penderita Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10 peratus lagi menunjukkan gejala. Penderita Hypertensi berisiko tinggi untuk mendapat serangan penyakit jantung dan terapi tekanan darah tinggi yang bagus mampu mengurangkan kehadiran anda  ke hospital dan kematian akibat strok atau angin ahmar serta serangan penyakit jantung.

tips elak strok

Diharapkan agar para pembaca mendapat sedikit sebanyak info tentang tips elak strok melalui artikel yang dibincangkan ini. Semoga bermanfaat buat semua.