Tips Goda Suami

Lumrah berumahtangga dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa dan ketika. Pasangan mana yang tidak akan bergaduh, rumahtangga mana yang tidak bergegar. Ianya normal, tiada apa yang perlu dimalukan kerana rumahtangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan manis adakalanya pedas dan hangat dan adakalanya sejuk dan nyaman. Apa yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri dan yang paling penting dalam sesuatu hubungan itu adalah hormati pasangan anda. Jika ada sebarang ketidakpuas hatian anda terhadap pasangan janganlah bersikap panas baran untuk terus menghembur pasangan. Sebaliknya, tarik nafas dan cuba bicara berdua di dalam nada yang lembut supaya pasangan anda tidak rasa tercabar dengan pendapat serta luahan anda mengenai perasaan rasa tidak puas hati tersebut. Hormat suami sebagai ketua keluarga serta hormat isteri sebagai peneman serta ibu kepada anak-anak anda. Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Bagi para isteri, terdapat tips goda suami salah satunya ialah dengan sentiasa senyum dan bermuka manis di hadapan suami. Senyum merupakan bentuk dari perasaan yang menggambarkan kesenangan dalam diri sendiri secara tidak berlebihan. Senyum itu juga sebahagian unttuk  mengatakan bentuk dari rasa puas yang tidak membuat orang merasa iri, dengki ataupun sedih. Senyum akan menghasilkan perubahan yang pesat pada diri setiap orang mulai dari bentuk kejayaan, keberanian serta keimanan. Hal yang dirasakan orang ketika melihat orang tersenyum adalah turut ikut bahagia, senang dan menjalinkan hubungan dengan keakraban sehingga tidak ada yang boleh mengalahkan kekuatan senyum. Senyum menurut hukum agama islam menyatakan bahawa senyum itu ibadah  sehingga orang yang memiliki segala jenis masalah yang ada akan hilang dengan perasaan ketika sedang tersenyum.

goda suami dengan senyuman

Tips goda suami seterusnya ialah dengan mengambil berat akan penampilan suami. Ada suami gemar diberi perhatian akan hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan butang bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya dan memotong kukunya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya jika anda mencuba dan lihat apa yang suami anda gemari. Dari situ anda akan mengetahui jenis apakah yang mereka sukai kerana kita tidak tahu bagaimana ibu mereka melayaninya dahulu.

tips goda suami

Diharapkan agar artikel tips goda suami ini memberi manfaat sedikit sebanyak buat para pembaca.