Tips Hilangkan Bekas Jerawat

Jerawat yang meninggalkan bekas pada kulit wajah sudah tentu menjadi mimpi ngeri kepada semua, baik lelaki mahupun wanita. Ramai yang beranggapan bahawa untuk menghilangkan bekas jerawat yang merosakkan kulit wajah itu memerlukan kos rawatan moden yang tinggi. Nanti, tunggu dulu. Jangan cepat berputus asa mengenangkan diri yang kurang mampu untuk mendapatkan rawatan kulit wajah yang profesional atau pun membeli produk-produk yang terkenal. Sebenarnya, bekas jerawat yang menghantui hidup kita boleh dihilangkan dengan kaedah semulajadi, menjimatkan serta selamat. Ingin tahu lebih lanjut? Tak mengapa, demi pembaca setia semua, admin kongsikan tips hilangkan bekas jerawat khas untuk anda.

Khasiat timun. Untuk tips hilangkan bekas jerawat yang pertama, pembaca hanya memerlukan timun sahaja sebagai bahannya.  Timun, selain enak dibuat ulam, juga berupaya membantu menghilang bekas jerawat pada kulit wajah untuk mendapatkan penampilan yang lebih berkeyakinan. Caranya, anda hanya perlu sediakan timun secukupnya, kemudian dihiris halus-halus. Selepas itu, oleskan hirisan timun tersebut pada bahagian wajah yang mempunyai parut jerawat. Biarkan ia kering di kulit wajah agar kulit dapat menyerap sarinya. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan petua ini selalu sehingga memperoleh hasil yang memuaskan.

Tomato untuk menghilangkan bekas jerawat

Khasiat tomato. Tidak dapat disangkal lagi, tomato mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dalam membantu penjagaan kesihatan dan kecantikan. Tips hilangkan bekas jerawat dengan menggunakan tomato ini juga ternyata mudah dilakukan di samping tidak memerlukan kos yang mahal. Langkahnya, anda hanya perlu kisar tomato segar sehingga halus.  Selepas itu, apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mengoles kisaran tomato tersebut pada kulit wajah yang berlubang akibat parut jerawat. Lakukan secara konsisten untuk melihat hasil yang diidamkan.

Khasiat putih telur. Pasti anda antara kita yang gemar menggunakan masker wajah yang diperbuat dari putih telur. Masker putih telur dipercayai mampu membuatkan kulit wajah lebih lembut dan berseri. Selain dibuat masker, putih telur juga boleh dijadikan ramuan untuk menghilang bekas jerawat. Anda hanya perlu campurkan putih telur bersama sedikit madu. Kemudian, oleskan ramuan tersebut pada bahagian wajah yang berparut. Lakukan secara berterusan dan tunggu hasilnya.

Serbuk teh untuk menghilangkan bekas jerawat

Khasiat teh. Tips hilangkan bekas jerawat yang terakhir lebih mudah dan ringkas untuk diamalkan. Caranya. anda hanya perlu ambil serbuk teh yang telah digunakan, kemudian lulurkan pada bekas jerawat di wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit. Seelok-eloknya, petua ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang membuatkan anda tersenyum lebar. Lihat, tak perlu berbelanja besar, bukan?

Admin sungguh berbesar hati dapat berkongsi petua-petua yang bermanfaat buat pembaca yang sentiasa berusaha menjaga penampilan diri. Pesan admin, jangan berputus asa untuk mencari alternatif yang lebih mudah, semulajadi dan paling utama, tidak membebankan kita bersesuaian dengan kemampuan masing-masing. Semoga apa yang diusahakan menampakkan hasil di kemudian hari.