Tips Hilangkan Perut Buncit

“Alahai, perut dah maju ke hadapan!”. Siapa yang suka bila perut dah mula membuncit, kan? Pakai baju itu tak kena, pakai baju ini tak kena. Pendek kata, susah juga nak cari pakaian yang sesuai untuk digayakan bagi menutup perut buncit supaya tak terlalu jelas kelihatan. Adakalanya, masalah perut buncit ini tidak dapat dielakkan lagi, terutamanya dalam kalangan wanita selepas bersalin. Tetapi, ada antara masalah perut buncit ini berpunca dari diri sendiri yang tidak menjaga pemakanan dan mengawal diet yang seimbang, hasilnya perut suami pun sudah lebih kurang sama dengan si isteri yang sedang mengandung. Aduh, parah juga!

Kepada pembaca yang kami sayangi, jangan risau jika anda tergolong dalam kalangan yang mengalami masalah perut buncit. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Mari sini, admin kongsikan tips hilangkan perut buncit khas untuk anda amalkan.

Makanan ringan punca perut buncit

Jauhi segera makanan ringan atau junk food. Anda sudah sedar perut anda semakin hari semakin buncit. Tetapi anda tetap tidak mahu tinggalkan makanan ringan yang anda gemari. Jangan begitu. Makanan ringan sangat berbahaya untuk kesihatan, bahkan pengambilan secara berlebihan membuatkan lemak terkumpul pada perut. Jadi, langkah pertama yang perlu anda ambil untuk tips hilangkan perut buncit adalah dengan; lari jauh-jauh dari makanan ringan dan makanan segera.

Amalkan minum air limau. Selain itu, tips hilangkan perut buncit yang mengganggu penampilan diri adalah dengan mengamalkan pengambilan air limau. Tahukah anda, limau mengandungi khasiat yang tinggi untuk menyahtoksinkan hati yang membantu mengelakkan lemak dari terkumpul. Seelok-eloknya, air limau diminum setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Amalkan dengan disiplin yang tinggi dan konsisten.

Minimumkan pengambilan gula. Hah, ini satu lagi punca terbesar masalah perut buncit menghantui kita. Gula. Memang susah nak berpisah dengan gula ini. Rakyat Malaysia memang sukakan makanan dan minuman yang manis-manis. Tapi, apa salahnya kita belajar disiplinkan diri untuk kawal pengambilan gula yang berlebihan. Bukan sahaja dapat membantu proses penghasilan glucagon, hormon yang membantu perut menjadi kempis, bahkan dapatg mengelakkan risiko yang tinggi untuk diserang diabetes. Lihat, tidak rugi kan jika kita elakkan diri dari pengambilan gula yang berlebihan?

Jangan makan lewat malam. Rasanya, memang ramai antara kita ni yang suka makan lewat malam. Tengah malam, rasa lapar, buka tudung saji. Tengok bola lewat malam, masak maggi. Aduh, manalah tak buncit. Apa kata, anda latih diri perlahan-lahan untuk mengurangkan tabiat ini. Jika anda seorang yang makan lewat malam tujuh hari seminggu, kurangkan pada enam hari seminggu, kemudian lima hari seminggu dan seterusnya sehinggalah anda benar-benar bebas dari tabiat ini. Jom cuba!

Senaman kardio untuk kempiskan perut

Bersenam! Hah, bila nampak tips hilangkan perut buncit yang terakhir ni mesti pura-pura tidur kan? Rasanya, semua sudah sedia maklum akan kepentingan bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang diidam-idamkan. Senaman kardio seperti berjogging, menaiki tangga atau sekadar berjalan mampu membantu proses membakar kalori. Mudahlah anda singkirkan perut buncit yang tidak anda inginkan itu. Jadi, tunggu apa lagi?

Diharapkan, tips hilangkan perut buncit ini dapat diamalkan oleh pembaca semua dalam usaha mengempiskan perut anda. Apapun, harus diingat, usaha tangga kejayaan. Selamat berusaha.