Tips Hilangkan Sakit Gigi

Saat sakit gigi menyerang, pasti akan timbul keadaan yang sangat tidak selesa untuk penderita. Bahkan, sakit gigi boleh menggangu aktiviti harian kita kerana terpaksa menanggung rasa ngilu pada gigi. Bukan itu saja, sakit gigi juga boleh menyebabkan sakit kepala, akibat menahan bisa yang dialami. Sakit gigi juga menghalang si penderita untuk menikmati makanan kegemarannya, apatah lagi yang manis. Hendak mengunyah makanan pun harus berhati-hati, takut sakit gigi menjadi semakin parah.

Pembaca kesayangan jangan risau. Kami prihatin dengan derita yang anda alami. Untuk itu, admin ingin kongsikan tips hilangkan sakit gigi tanpa perlu berjumpa doktor. Untuk tips hilangkan sakit gigi ini, pembaca hanya perlu melakukannya sendiri sahaja di rumah. In shaa Allah, mampu memberikan kesembuhan jika diamalkan secara konsisten dan yakin.

Singkirkan plak. Tahukah anda, plak merupakan salah satu punca berlakunya gejala sakit gigi yang mengilukan ini. Oleh itu, untuk menyembuhkan sakit gigi yang anda dialami, anda dinasihatkan untuk berusaha menyingkirkan plak dari mulut. Antara bahan yang boleh digunakan ialah seperti cecair kumur anti bakteria yang dijual di pasaran. Lakukan sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

bawang untuk pulihkan sakit gigi

Hirisan bawang putih. Selain digunakan sebagai ramuan dalam masakan, bawang putih juga dapat membantu anda untuk menangani masalah sakit gigi. Ringkas sahaja langkah yang perlu anda ambil. Anda cuma perlu ambil sedikit bawang putih dan dihiris halus. Kemudian, tempelkan hirisan bawang putih tersebut pada gigi anda yang sakit selama 1-2 jam.  In shaa Allah, petua ini dapat menghilangkan ngilu yang anda rasai pada gigi.

Berkumur dengan air rebusan sirih. Hah, pasti ramai yang tidak tahu akan tips hilangkan sakit gigi yang ketiga yang ingin admin kongsikan ini. Caranya mudah sahaja tau. Anda hanya perlu didihkan air secukupnya di dalam periuk, kemudian masukkan 10 helai daun sirih dan biarkan ia direbus selama beberapa minit. Kemudian, tapiskan helaian daun sirih tersebut dan sejukkan sebentar. Setelah sejuk, kumurlah dengan air rebusan daun sirih tadi dan amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam menyembuhkan sakit gigi yang anda deritai.

gambir untuk hilangkan sakit gigi

Khasiat gambir. Gambir sangat terkenal digunakan dalam perubatan tradisional untuk kesihatan batin. Namun begitu, gambir juga berfungsi untuk dijadikan bahan rawatan alternatif yang baik untuk mengubati sakit gigi. Caranya, anda perlu rendamkan sedikit gambir ke dalam cawan gelas air suam. Selepas itu, tumbuk gambir tersebut sehingga menjadi separuh hancur. Masukkan gambir yang telah ditumbuk pada kawasan gigi yang sakit. Dengan petua ini, anda akan dapat merasakan gigi anda menjadi sedikit kebas, sekaligus membantu mengurangkan rasa sakit pada gigi. Namun begitu, awas ya, jangan disapu gambir tersebut secara berlebihan kerana dikhuatiri bibir anda pula yang kebas nanti.

Sampai di sini sahaja perkongsian admin untuk tips hilangkan sakit gigi. Semoga bermanfaat! In shaa Allah.