Tips Hilangkan Sakit Tekak

Suhu panas yang menyerang negara kita saat ini, kalau tak kena gayanya, boleh menyebabkan pelbagai penyakit datang menyerang. Antaranya, sakit tekak yang sudah semestinya membuat kita merasa tidak selesa untuk berkomunikasi, apatah lagi untuk menelan makanan. Apatah lagi, bila tekak berasa tidak selesa, mulalah batuk-batuk pun datang. Sehinggakan terpaksa ke klinik untuk mengambil ubat. Tetapi, tahukah anda, terdapat banyak petua untuk menghilangkan sakit tekak secara tradisional, yang boleh dilakukan di rumah sahaja tanpa perlu membeli ubat? Untuk itu, pembaca dijemput untuk mengetahui tips hilangkan sakit tekak yang ingin admin kongsikan ini.

madu dan limau nipis untuk pulihkan sakit tekak

Minum campuran air limau dan madu. Tips hilangkan sakit tekak yang pertama yang boleh anda cuba adalah dengan meminum campuran air limau dan madu. Cara menyediakannya amat mudah. Anda hanya perlu sediakan segelas air suam dan perahkan sedikit jus limau nipis kedalamnya. Kemudian, ambil sesudu kecil madu lebah, dan seeloknya sudah tentu madu lebah yang asli. Selepas itu, kacau sebati dan minum. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan petua ini sebanyak tiga kali sehari bagi menyembuhkan sakit tekak yang memeritkan.

Minum air asam jawa. Selain itu, tips hilangkan sakit tekak selanjutnya dan antara yang paling popular yang boleh anda cuba, adalah dengan meminum air asam jawa. Cara menyediakannya juga teramatlah mudah dan tidak perlu untuk berbelanja besar. Anda cuma perlu sediakan segelas air, seelok-elonya dalam keadaan panas atau suam-suam kuku. Hal ini kerana tips ini akan kurang mujarabnya jika diamalkan menggunakan air yang sejuk. Kemudian, tambahkan satu sudu asam jawa kedalamnya dan kacau sebati dan kemudia ditapis untuk mengasingkan sisa-sisa asam jawa. Selepas itu, minum air asam jawa tersebut. In shaa Allah, tekak anda akan merasa lebih lega dan selesa jika diamalkan secara konsisten.

Minum air nasi. Tips hilangkan sakit tekak yang seterusnya juga tidak sukar untuk diamalkan. Petua ini merupakan petua tradisional turun-temurun yang diamalkan sejak dulu tau. Caranya cukup ringkas. Jika anda sedang menanak nasi, ambil secawan air nasi iaitu air yang mendidik sewaktu nasi dimasak. Kemudian, biarkan ia sejuk seketika. Amalkan sentiasa sehingga sakit tekak yang anda alami sembuh.

air garam untuk hilangkan sakit tekak

Kumur dengan air garam. Tips yang terakhir ini juga adalah antara tips yang selalu diamalkan sejak turun-temurun. Bahkan, admin sendiri merupakan pengamal setia petua ini jika terkena sakit tekak sewaktu musim panas. Caranya, anda hanya perlu sediakan segelas air, kemudian tambahkan sesudu garam kedalamnya. Kacau sehingga garam benar-benar larut di dalam air. Selepas itu, anda hanya perlu kumur air garam tersebut beberapa saat. Dengan cara ini, dapat melegakan sakit tekak anda dan mengurangkan gatal-gatal pada tekak.

Sekian sahaja perkongsian tips hilangkan sakit tekak dari admin. Diharapkan semua mendapat manfaat darinya. Ingat, jaga kesihatan ya di musim panas ini. Elakkan berada terlalu lama di kawasan luar rumah dan minum air masak secukupnya. Jaga diri.