Tips Hilangkan Stress

Stress merupakan pengalaman yang bersifat dalaman yang mewujudkan ketidakseimbangan dan psikik dalam diri seseorang akibat faktor organisasi dan faktor persekitaran. Kebiasaannya, stress dianggap sebagai perkara negatif dan seringkali dikaitkan dengan perkara yang buruk. Stress membuatkan tubuh untuk menghasilkan hormon adrenaline yang berfungsi untuk mempertahankan diri. Stress merupakan bahagian dari kehidupan manusia dan di antara puncanya adalah tekanan perasaan di tempat kerja. Kebimbangan tentang dibuang kerja kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu dan terpaksa bekerja lebih masa kerana kekurangan pekerja bertindak sebagai faktor tekanan yang negatif. Pekerja yang merasakan tekanan untuk melaksanakan tugas akan terperangkap di dalam proses mencapai jangkaan tanpa peningkatan kepuasaan bekerja.Tekanan perasaan terhasil apabila kuasa luaran bertindak ke atas sebuah struktur, sistem atau organisma dan mengganggu keseimbangan atau menghasilkan tekanan. Dalam erti kata lain, tekanan perasaan terhasil diakibatkan sebarang faktor emosi, fizikal, sosial, ekonomi atau faktor-faktor lain yang memerlukan tindak balas atau perubahan. Secara amnya ramai berpendapat bahawa sedikit tekanan tidak mengapa kerana kadangkala tekanan ini boleh diklasifikasikan sebagai cabaran atau tekanan positif tetapi apabila tekanan berlaku melebihi jumlah yang mampu ditanggung, perubahan mental dan fizikal mungkin berlaku.

Salah satu tips hilangkan stress adalah dengan bersenam. Bersenam merupakan suatu aktiviti yang sangat bagus dijadikan amalam seharian dan seeloknya disarankan untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Apabila kita bersenam, aktiviti yang melibatkan gerak badan dapat dilakukan seperti regangan dan kelenturan, kesannya badan akan berpeluh dan akan berasa lebih sihat dan cergas. Perjalanan darah akan menjadi lebih baik serta jantung akan berfungsi dengan sempurna. Bersenam pada waktu petang dapat mengisi masa yang terluang dan dengan sendirinya kita akan terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang membazir masa seperti berbual kosong, melepak dan juga berjalan tanpa arah tujuan. Sebagai seseorang yang bekerjaya ataupun yang masih bersekolah, bersenam dapat menghilangkan rasa tertekan selepas menghadapi apa yang dikerjakan sepanjang melakukan pekerjaan.

tips hilangkan stress

Seterusnya, tips hilangkan stress adalah dengan membaca Al-Quran. Seperti yang diketahui Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan pegangan dan panduan bagi seluruh umat manusia tidak terbatas hanya kepada umat muslim sahaja. Panduan inilah yang akan membawa kita ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Orang yang membaca Al-Quran hidupnya akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh dengan kebahagiaan di saat orang lain berada dalam keresahan dan kesedihan. Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh Dr Ahmad Al Qahdi menunjukkan bahawa bacaan Al Quran menimbulkan kesan ketenangan sehingga 65 peratus dan ianya memberikan pengaruh positif yang cukup signifikan dalam menurunkan tahap stress dan ketegangan.

membaca Al-Quran hilangkan stress

Sebagai penutup kata, admin berharap agar artikel tentang tips hilangkan stress ini mampu membantu para pembaca dalam menangani masalah stress yang berlaku.