Tips Jimat Duit

Sejak dari zaman firaun lagi para manusia amat mementingkan wang dan duit. Bagi sesetengah orang wang merupakan perkara yang agak besar dan oleh sebab itu Rasulullah s.a.w pernah berpesan, kefakiran lebih mendekatkan manusia ke arah kekufuran, tetapi ianya bukan difokuskan kepada semua orang. Bagi kebanyakan orang, duit mendekatkan mereka lebih ke arah kekufuran kepada Allah. Umat Islam masa kini terlalu fokus mencari sehingga mengurangkan penekanan dalam usaha mencari pahala dan redha Allah, situasi pada hari ini cukup menjelaskan bahawa umat Islam sudah hilang arah tujunya.  Apabila disebut soal duit, pastinya ramai yang mengeluh memikirkan tentang keadaan kewangan semasa. Sejak dari kecil kita sudah dididik bahawa pentingnya duit dalam kehidupan seharian baik yang kaya mahupun yang miskin, masing-masing sedar akan pentingnya duit untuk meneruskan kehidupan. Bagi yang kurang berada, duit dikira keperluan bukanlah keperluan yang hakiki kerana mereka mencari duit cukup sekadar untuk meneruskan hidup. Mereka tidak peduli akan merasa kemanisan dunia dan kemewahan hidup kerana mereka masih mampu untuk hidup selesa walaupun tidak cukup mewah. Lain pula ceritanya bagi mereka yang bergelar si kaya. Sudah menjadi lumrah mereka mampu membelanjakan sebahagian besar duit untuk hidup mewah dan selesa. Duit yang ada dapat dijimatkan dengan cara tertentu dan salah satu tips jimat duit adalah dengan memupuk diri agar ada tabiat menyimpan.

Tabiat menyimpan ini boleh diibaratkan seperti membina kubu pertahanan ketika waktu peperangan. Membina kubu pertahanan kewangan sememangnya agak susah pada waktu permulaan lebih-lebih lagi jika kita dah terbiasa dengan mind set ‘kalau ada lebih duit, baru simpan’ maka lebih baik jika kita mengasingkan awal-awal duit untuk disimpan. Apabila sudah mula menyimpan duit untuk jangka waktu tertentu, jika belum mampu membeli hartanah, sekurang-kurangnya kita tukarkan kepada aset fizikal yang lebih bertahan lama seperti emas. Emas, hartanah dan pelaburan adalah cara yang baik untuk menyimpan lebih banyak wang kerana pulangannya lebih berpotensi berbanding menyimpan wang ke dalam bank. Namun keburukan pelaburan ini adalah melibatkan risiko dimana risiko tiada prestasi daripada pelaburan-pelaburan atau dalam kes-kes tertentu dan risiko peruapan nilai pelaburan-pelaburan disebabkan keadaan pasaran yang teruk.

menyimpan dapat jimatkan duit

Selain itu, tips jimat duit dengan cara menambahkan aliran pendapatan. Untuk menjadi kaya, hanya dua sahaja perkara yang boleh dilakukan iaitu kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan. Melalui ilmu yang dimiliki daripada tabiat membaca, anda haruslah memikirkan kaedah untuk menambah pendapatan. Dengan memiliki pelbagai aliran pendapatan yang berlainan, bukan sahaja kita akan lebih berhati-hati sekiranya salah satu rezeki pendapatan kita terputus, tetapi dengan mempunyai aliran pendapatan berganda, kekayaan dapat dibina dengan lebih pantas.

tips jimat duit

Sebagai penutup, duit amat penting untuk kita menjalankan kehidupan dan diharap agar tips jimat duit ini mampu membantu para pembaca dalam mengawal perbelanjaan anda.