Tips Kempiskan Perut

Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki perut yang kempis. Namun bila kita kurang bersenam atau suka melewatkan waktu makan malam, ianya pasti akan memberi kesan kepada perut. Kebiasaannya lemak paling cepat berkumpul di bahagian perut dan ini akan menyebabkan perut menjadi buncit dan menggeleber. Jangan pernah fikir orang yang berbadan gempal sahaja yang mempunyai masalah perut buncit sebaliknya ramai juga orang baik lelaki mahupun wanita yang kurus mempunyai masalah perut buncit. Namun begitu, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian begitu juga dengan masalah perut buncit. Memiliki pinggang yang ramping dan bentuk tubuh yang menawan memang menjadi idaman setiap wanita tetapi sayangnya bagi segelintir wanita amat sukar untuk merealisasikannya. Penampilan seseorang wanita akan kelihatan cantik jika mempunyai perut yang kempis. Ramai wanita menghadapi masalah perut buncit terutamanya bagi mereka yang baru melahirkan. Mempunyai perut buncit bukan sahaja menjadikan penampilan kurang menarik malah boleh mempengaruhi tahap keyakinan diri. Sudah menjadi kebiasaan kita mendengar tidur selepas makan boleh menyebabkan perut buncit, adakah ia betul? Jawapannya adalah betul kerana perut akan menjadi buncit akibat proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan minuman bersoda dan berkarbonat. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit dimana gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit.

Tips kempiskan perut yang pertama ialah dengan meminum air perahan limau nipis. Limau nipis ataupun nama saintifiknya Citrus aurantifolia merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Buahnya dikenali dengan sejenis perisa yang banyak digunakan dalam masakan seperti mee rebus. Selain itu, limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Rasa masam pada limau nipis berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh dan jika anda ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Dengan membuang segala toksin dalam badan sekaligus dapat mengempiskan perut yang buncit.

limau nipis kempiskan perut

Seterusnya, tips kempiskan perut adalah dengan melakukan senaman kardio. Kardio merupakan latihan yang melibatkan kegiatan penggunaan otot besar tubuh secara rutin yang akan menyebabkan denyutan jantung berada pada kadar antara 60 hingga 85 peratus daripada denyutan jantung pada keadaan normal. Di antara jenis senaman kardio yang mudah untuk dilakukan ialah berjalan, jogging, aerobic dan berenang. Senaman kardio sangat digalakkan bagi yang sedang melakukan diet dimana senaman ini dapat menghapuskan lemak dan kalori berlebihan pada tubuh badan anda.

tips kempiskan perut

Sekian sahaja admin ingin berkongsi tentang tips kempiskan perut ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca.