Tips Kurus Selepas Bersalin

Kenaikan berat badan semasa mengandung merupakan perkara biasa bagi wanita hamil dimana pertambahan berat badan ini seiring dengan pertambahan usia kandungan. Sudah menjadi lumrah bagi perempuan menerima untuk terpaksa menjadi gemuk dek kerana mahu menggembirakan hati si suami dengan meberikan zuriat yang sihat dan cergas. Untuk menurunkan berat badan ataupun untuk mendapatkan berat bedan ideal setelah melahirkan anak merupakan perkara yang agak sukar buktinya ramai sekali kaum perempuan yang mengeluh perubahan drastik tubuh badan selepas melahirkan. Mereka pastinya amat risau tentang hal ini kerana takut para suami berpaling hati kepada yang lain. Meskipun ramai yang masih belum berhasil, sebahagian wanita juga terbukti mampu mendapatkan berat badan idealnya selepas bersalin dengan mudah.  Tempoh berpantang merupakan saat yang paling sesuai untuk ibu menguruskan badan. Ini kerana semasa tempoh berpantang, ibu mengehadkan pengambilan makanan harian mereka. Mereka hanya dibenaran mengambil jumlah karbohidrat yang terkawal disamping melebihkan pengambilan vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Ibu juga tidak digalakkan untuk mengambil makanan berminyak, pedas dan sayur-sayuran yang boleh menyebabkan angin dalam badan seperti kangkung dan kacang panjang. Pengambilan lebih banyak air masak dan makanan berserat juga sangat digalakkan bagi meningkatkan metabolisma badan dan sekali gus mempercepatkan proses ibu untuk kurus dan langsing.

Tips kurus selepas bersalin yang pertama ialah jangan melakukan diet. Melinda Johnson menyarankan kepada para ibu yang ingin menurunkan berat badannnya agar tidak melakukan diet kerana masalah yang bakal timbul adalah stress gara-gara tidak dapat memakan makanan kegemaran mereka. Maka, stress ini akan mengakibatkan penaikan berat badan. Namun demikian, didik diri sendiri agar kembali mengambil makanan sihat dan cuma makan apabila lapar. Jauhi makanan ringan dan gantikan ia dengan snek sihat seperti snek yang diperbuat daripada gandum dan buah-buahan. Apa yang paling penting adalah tubuh badan mendapatkan kalori sebanyak 1800 kal dalam sehari dan melalui cara ini anda boleh menurunkan berat badan setelah melahirkan dengan mudah.

tips kurus selepas bersalin

Tips kurus selepas bersalin seterusnya ialah minum air putih secukupnya. Air putih sangat banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita kerana ianya boleh mengubati segala penyakit berbahaya dan mencegah terjadinya penyakit yang tidak diingini. Seperti yang diketahui ramai, tubuh kita sangat memerlukan sumber cairan kerana lebih daripada 70 peratus cairan terdapat di dalam tubuh. Cairan tersebut boleh diperolehi daripada pengambilan air putih kerana air putih merupakan minuman paling sihat dan tidak merbahaya. Salah satu penelitian menemukan bahawa terdapat hubungan antara mengkonsumsi air putih dengan penurunan berat badan kerana apabila meminum air sebelum makan, air tersebut membantu tubuh merasa kenyang, hasilnya pengambilan makanan berkalori tinggi akan menjadi kurang dan memberi hasil yang positif pada proses penurunan berat badan anda.

 kurus selepas bersalin dengan air putih

Akhir sekali, diharapkan pembaca mendapat manfaat daripada artikel tentang tips kurus selepas bersalin ini.