Tips Kurus

Definisi kurus atau berat badan kurang bermaksud kurang berdaging ataupun tidak gemuk disebabkan kurang makan. Umumnya, lebih disebabkan oleh kurangnya kalori protein namun begitu ianya juga boleh dikaitkan dengan penyakit tertentu seperti hepatisis,trauma dan bulimia anoreksia. Dalam kes yang pertama yang harus dilakukan hanyalah dengan pengambilan karbohidrat, lemak dan protein yang sesuai dengan apa yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang. Selain itu, keadaan lain yang menyebabkan kurus adalah disebabkan sistem pencernaan yang kurang efisien dimana walaupun kuantiti bilangan makanan yang diambil sama banyak bahkan lebih banyak daripada orang lain yang sepadan dengan umur, berat badan, ketinggian, jantina dan aktiviti yang dilakukan namun masih badannya tetap kurus.  Hal seperti ini biasanya disebabkan oleh faktor keturunan dan gangguan sistem penyerapan atau pencernaan dan bagi kes ini sebaiknya mengambil suplemen yang dapat membantu proses pencernaan sangat dianjurkan. Kurangnya nafsu makan juga dapat menyebabkan penurunan berat badan, untuk hasil yang terbaik disarankan untuk menambah kuantiti makan. Bagi yang sukar untuk makan dalam kuantiti yang banyak sebaiknya menambah frekuensi makan daripada 3 kali menjadi 4 ataupun 5 kali sehari.  Terdapat banyak tips kurus dan salah satunya ialah wajib makan sarapan.

Sarapan pagi merupakan perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh setiap individu. Pengetahuan mengenai sarapan pagi merangkumi pelbagai perkara termasuklah pengetahuan berkaitan daging, ikan, kentang, telur, bijirin, produk pastri, buah-buahan dan minuman. Sarapan pagi menjadi penting kerana ianya merupakan hidangan pertama yang perlu diambil bagi memulakan hari di dalam kehidupan dan waktu yang sesuai untuk sarapan pagi adalah di antara pukul 8.00 pagi hingga 10 pagi. Terdapat banyak kebaikan di dalam mengambil hidangan sarapan pagi di antaranya ialah keperluan nutrisi, menambah tenaga, perlu untuk memulakan kerja dan meransangkan organ dalaman untuk bergerak. Terdapat dua jenis sarapan pagi iaitu Continental Breakfast dan American Breakfast. Continental Breakfast merupakan hidangan sarapan pagi yang berasal dari Eropah dan ianya mengandungi hidangan yang ringan seperti pastri, buah-buahan, roti bakar dan minuman seperti kopi, teh dan jus buah-buahan manakala hidangan American Breakfast  biasanya mengandungi hidangan yang berat serta mempunyai pelbagai hidangan panas dan sejuk berbanding dengan Continental Breakfast. Hidangan sarapan pagi ini kebiasaannya mengandungi bubur, bijirin, sosej dan bacon pelbagai jenis telur seperti omelets.

tips kurus dengan sarapan pagi

Tips kurus seterusnya ialah diet yang sihat. Terdapat beberapa diet yang mungkin anda pernah dengar seperti diet atkins dan diet kalori. Apa yang perlu diingatkan ialah keinginan untuk berdiet tanpa plan yang sesuai akan memudaratkan. Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan kesihatan.

tips kurus dengan diet sihat

Akhir kata, diharapkan agar tips kurus ini membantu anda di dalam misi untuk kekal kurus.