Tips Kuruskan Badan

Jika anda sedang berusaha untuk kuruskan badan, sudah tentu  anda mahu mendapatkan hasil yang cepat dengan pelbagai idea diet, produk suplemen untuk mengurangkan berat badan  di pasaran , pelbagai petua dan program latihan seperti senaman dan sebagainya semua menjanjikan penurunan berat badan dalam masa tertentu yang boleh menyebabkan tekanan. Artikel ini bertujuan untuk membantu dan membimbing anda untuk mencapai objektif anda dengan betul dan menerangkan tentang beberapa isu yang sukar difahami mengenai penurunan berat badan dengan selamat. Kesihatan sering dikaitkan dengan amalan pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Menurut kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini hampir 60 peratus rakyat Malaysia ialah dari golongan yang obesiti atau berat badan berlebihan. Gaya hidup yang sihat harus dipupuk agar masalah ini dapat diselesaikan. Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang dapat dipraktikkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau kuruskan badan dengan cepat. Berikut adalah tips kuruskan badan yang ingin dikongsi dalam artikel ini.

Bagi kebanyakan individu, halangan terbesar untuk menguruskan badan ialah untuk menghadkan selera makan mereka dan ianya menjadi semakin sukar untuk menahan makan terutamanya apabila badan kita memberitahu kita yang kita memerlukan lebih makanan. Ini menyebakan wujudnya trend baru dalam  suplemen  untuk mengurangkan berat badan di pasaran dan salah satunya suplemen daripada buah Garcinia Cambogia. Beberapa kajian sudah dijalankan bagi membuktikan keberkesanan buah ini dalam mengurangkan berat badan. Ia mengandungi bahan aktif yang dipanggil asid hydroxycitric (HCA) yang dapat meningkatkan keupayaan membakar lemak dengan efektif dan juga mengawal selera makan. HCA juga akan menghalang lyase sitrat , sebuah enzim yang digunakan oleh badan untuk membina lemak dan ia juga dapat meningkatkan tahap serotonin dan membantu mengurangkan rasa lapar. Buah tropika yang menyerupai rupa labu kecil dan hidup subur di hutan lembap di Asia Tenggara dan Pantai India. Ia menjadi semakin popular setelah didapati dapat membantu menghalang keupayaan badan dalam membentuk lemak dan juga dapat mengawal selera makan yang berlebihan.

kuruskan badan dengan Garcinia Cambogia

Selain itu, tips kuruskan badan adalah dengan bersenam. Cara mudah yang paling mudah dan senang ialah melalui senaman kardio dan latihan kekuatan. Kardio mampu membakar lemak dengan lebih banyak, maka ramai yang suka melakukan aktiviti seperti berjoging, atau berlari. Melakukan aktiviti kardio selama satu jam adalah digalakkan termasuk memanas dan merehatkan badan. Latihan kekuatan mesti dilakukan bersama dengan rutin senaman yang lain dimana membina otot juga dapat mengurangkan berat badan, ia dapat membakar sekurang-kurangnya 6 kalori setiap kali kita membuat senaman otot. Senaman ini menggunakan lebih dari satu kumpulan otot untuk dilakukan dan dikatakan dapat meningkat kekuatan dan koordinasi antara bahagian badan.

tips kuruskan badan dengan bersenam

Oleh itu, diharapkan agar pembaca dapat memanfaatkan penulisan tentang tips kuruskan badan ini supaya proses penurunan berat badan menjadi lebih efektif.