Tips Memikat Hati Suami

Sebagai seorang wanita apatah lagi jika sudah menjadi seorang isteri pastinya ingin menjadi isteri yang baik, yang selalu dicintai oleh suaminya. Di awal pernikahan memang segalanya terasa manis dan indah belaka akan tetapi jika sudah memasuki usia pernikahan 5 hingga 7 tahun mulai terasa kejenuhan dalam kehidupan berumah tangga. Saat ada sifat dan sikap suami yang berubah, kita sebagai isteri merasakan bahawa suami sudah tidak lagi mencintai kita seperti dahulu. Namun, jangan beranggapan seperti itu terlebih awal kerana mungkin ada beberapa hal yang harus kita perbaiki dari segi penampilan isteri. Terkadang kita menganggap remeh hal ini kerana kita suka memakai baju dan tampil menarik jika kita pergi ke luar rumah, akan tetapi jika di depan suami kita malah berpenampilan ala kadar. Jangan jadikan hal ini sebagai kebiasaan karena lama kelamaan akan membuatkan suami anda tidak betah berada di rumah. Mulai sekarang ubahlah kebiasaan buruk itu dengan berpenampilan menarik di depan suami. Kemudian layan mereka sebaiknya dan sentiasa menyokong suami anda dalam hal apa jua. Di sini admin ingin berkongsi sedikit tips memikat hati suami.

Tips yang pertama adalah dengan selalu menyokong apa yang suami sering lakukan. Jadilah orang yang selalu mendukung kegiatan positif suami anda baik dari segi pekerjaan, hobi, dan sukan kegemaran mereka. Jika suami anda mempunyai hobi bermain band ataupun jamming selalulah menyokong mereka, sesekali pergilah menemani dan  menonton apa yang mereka lakukan. Hal itu akan membuat suami anda merasa dihargai atas apa yang menjadi pilihannya. Support atau sokongan seseorang isteri dalam hal apapun yang dilakukan suami akan selalu membuat suami merasa selesa dan bererti. Jangan menjadi isteri yang terlalu banyak melarang suami kerana hal ini akan memberikan kesan buruk bagi kelanjutan hubungan rumah tangga anda. Selalulah bersikap lemah lembut dan penuh kasih saying apabila bersama dengan suami kerana dengan sikap seperti itu suami akan bertambah manja dengan anda. Bagi mereka yang tidak terbiasa dengan sikap seperti itu, cubalah perlahan-lahan dan pastikan untuk membiasakannya.

sentiasa sokong suami

Tips memikat hati suami seterusnya ialah dengan menjadi isteri yang setia. Jadilah seorang isteri yang selalu setia dan jangan pernah sampai terlintas dalam benak fikiran anda untuk berpaling atau curang dengan orang lain. Jika hal itu terlintas dalam fikiran anda maka ingatlah beberapa impak buruk yang bakal timbul dari perbuatan tersebut. Rumah tangga akan hancur musnah, anak yang menjadi korban, pandangan orang sekitar dan banyak hal lain lagi yang merugikan. Pernikahan adalah sesuatu yang berharga dan menyenangkan. Dengan menjadi isteri yang hebat walaupun tidak sempurna, dengan kuasa Allah SWT In Sha Allah rumahtangga akan kekal bahagia.

tips memikat hati suami

Penutupnya, diharapkan agar para pembaca terutamanya kaum wanita yang sudah bernikah dapat memanfaatkan sedikit sebanyak info yang admin kongsikan melalui artikel tips memikat hati suami ini.