Tips Mudah Bersalin

Ada banyak keputusan yang harus dibuat buat pada waktu sedang hamil dan salah satunya adalah dengan memikirkan cara untuk melahirkan. Sememangnya anda dapat memilih untuk melahirkan secara normal yang tidak termasuk penggunaan segala jenis ubat untuk mengurangi rasa sakit atau dibantu dengan kaedah menyuntik epidural yang dipraktikkan di hospital. Pada waktu kini, semakin banyak perempuan memilih untuk bersalin normal. Seharusnya anda patut mengetahui secara lebih mendalam ketika anda membuat keputusan  untuk bersalin secara normal, anda tidak akan diberikan ubat untuk menghilangkan rasa sakit sepanjang proses melahirkan. Bersalin normal memiliki sejumlah manfaat yang layak dipertimbangkan kerana tidak ada rasa mati di bahagian bawah tubuh yang berhubungan dengan epidural. Hal ini memberikan peluang untuk wanita mengawal diri sepanjang proses bersalin kerana bahagian bawah tubuh tidak terpengaruh oleh sebarang ubat, wanita boleh berjalan dengan bebas di sekitar ruangan bersalin serta bebas untuk makan dan minum. Ini adalah hal yang membantu untuk kekal relaks dan dapat mengurangi rasa sakit. Kelemahan utama daripada proses bersalin normal ini adalah rasa sakit sewaktu melahirkan. Meskipun rasa sakit ini dapat dikurangkan secara signifikan, impaknya masih terasa sangat kuat. Rasa sakit dapat menyebabkan stress bagi kaum wanita dan kontraksi serta rasa sakit dapat menyebabkan keletihan.

Tips mudah bersalin yang dapat dikongsi yang pertama adalah dengan mengamalkan senaman pelvis sepanjang kehamilan. Lantai pelvis merupakan otot antara tulang pelvis dan dasar (bahagian bawah) tulang belakang. Otot ini menanggung beban berlebihan dan lama semasa mengandung dan keadaan ini boleh memberikan stress dan melemahkan otot. Otot lantai pelvik yang lemah boleh mengakibatkan keadaan seperti prolapse, buasir dan masalah tidak mampu menahan kencing (stress incontinence). Senaman lantai pelvis boleh mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan keadaan-keadaan seperti yang dibincangkan. Lantai pelvis yang baik juga boleh memendekkan tempoh meneran semasa bersalin serta membantu memudahkan tahap terakhir semasa bersalin iatu semasa proses meneran dan senaman tersebut dinamakan Kegel Exercise.

senaman pelvis mudah bersalin

Selain itu, tips mudah bersalin yang kedua ialah mengamalkan memakan telur ayam kampung. Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Caranya adalah dengan mengambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air milo, kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital untuk bersalin. Mungkin petua ini agak meloyakan tekak namun percayalah ia dapat memudahkan proses untuk bersalin. Telur ayam kampung ini juga boleh diambil sepanjang tempoh kehamilan dalam bentuk separuh masak.

tips mudah bersalin
Akhir kata, semoga artikel tentang tips mudah bersalin ini memberi manfaat buat para pembaca.