Tips Nak Kurus

Ramai yang mengidamkan keinginan untuk menurunkan berat badan dan kekal kurus. Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian semua orang terutama bagi kaum hawa atau perempuan. Tubuh langsing merupakan idaman dan mungkin juga merupakan keharusan bagi setiap wanita. Di dalam Islam memang tidak diperbolehkan untuk melakukan diet yang ekstrem karena perkra itu dapat mengganggu kesihatan. Rasulullah pernah bersabda ”Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah tempat penyakit dan berpuasa itu ubatnya.” Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak diperbolehkan mempunyai perut yang terlalu besar. Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan penyelesaiannya iaitu dengan berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling mudah untuk menurunkan berat badan dan cara ini tidak akan memberikan kesan buruk pada tubuh badan malah ianya menyihatkan. Orang yang memiliki badan terlalu gemuk biasanya mereka merasa tidak selesa sehingga pelbagai cara mereka lakukan untuk menurunkan berat badan sehingga boleh memiliki badan sesuai dengan keinginan. Memiliki badan dengan berat badan ideal memang menjadi dambaan ramai cuma ada segelintir orang yang boleh mendapatkan seperti apa yang mereka inginkan, namun jika konsisten untuk berusaha bukan tidak mungkin semuanya boleh tercapai termasuk menambah berat badan sehingga nampak padat dan lebih berisi.

Tips nak kurus yang pertama adalah dengan bersenam. Orang yang selalu bersenam akan lebih tenang, fokus dan tidak mudah stress. Fungsi psikologi dipertingkatkan dengan penampilan diri yang lebih menarik. Dengan bersenam, jantung dan paru-paru berfungsi secara optimum serta kekuatan dan daya tahan otot meningkat disebabkan itu adalah masalah di bahagian tulang belakang yang jarang dialami. Senaman juga bertindak sebagai agen anti penuaan dengan cara mengurangkan tindak balas negatif akibat stress. Berat badan yang sesuai akan lebih mudah dikekalkan dan risiko penyakit jantung berkurangan dengan bersenam secara konsisten. Orang yang selalu bersenam akan kelihatan lebih muda dari usianya. Bersenam juga boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan kerana stress kurang dan dapat menurunkan berat badan. Senaman menaikkan jati diri, meningkatkan tenaga, mencantikkan paras rupa fizikal dan membuatkan seseorang berasa lebih sihat secara umumnya.

bersenam dapat kuruskan badan

Seterusnya, jaga pola pemakanan dengan mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang juga merupakan salah satu tips nak kurus yang berkesan. Pemakanan seimbang sudah jelas dan nyata adalah untuk menjadikan tumbesaran manusia lebih sempurna dari aspek fizikal dan fisiologi. Tubuh badan akan menerima semua zat yang diperlukan untuk menjalani aktiviti seharian tanpa menjadi lesu. Seseorang yang menjaga dan mengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh lebih baik berbanding seseorang yang tidak peduli akan diet dan cara pemakanannya. Di samping itu, mineral seperti zat besi penting untuk memastikan sistem peredaran darah seseorang itu efisien dan berfungsi secara lancar.

tips nak kurus

Akhir kata, semoga artikel tips nak kurus ini dapat membantu anda dalam mencapai berat badan yang anda impikan. Selamat mencuba.