Tips Rambut Cepat Panjang

Rambut merupakan bahagian aset diri yang menampakkan penampilan seseorang. Bagi wanita, rambut merupakan sebuah mahkota yang perlu diambil perhatian.Tidak hairan ramai diantara mereka yang melakukan pelbagai rawatan di salun kecantikan untuk mendapatkan rambut yang indah berkilat. Hal itu mungkin bukanlah masalah bagi mereka yang mempunyai banyak wang namun bagi yang kurang mampu, perawatan di salun hanyalah angan-angan semata. Setiap helai rambut memiliki tiga lapisan iaitu medula di bagian lembut di tengah, korteks yang melingkari medula dan ia merupakan bahagian utama rambut serta kutikula iaitu bahagian luar yang keras berfungsi untuk melindungi batang rambut. Proses pertumbuhan rambut dimulai dengan pembentukan sel-sel baru di bahagian akar rambut. Sel-sel tersebut kemudian membentuk batang yang kemudian tumbuh ke luar kulit dan sewaktu ianya tumbuh ke luar, sel-sel itu berhenti menyerap nutrisi dan mula menghasilkan keratin (sejenis protein), proses ini dinamai keratinisasi. Pada waktu keratinisasi, sel-sel rambut juga mati bersama keratin, sel-sel mati itu kemudian membentuk batang rambut. Sebenarnya, rambut tumbuh lebih cepat pada cuaca panas berbanding pada cuaca sejuk rambut tumbuh lebih lambat di waktu malam daripada waktu siang.

Di sini, admin ingin berkongsi tentang tips rambut cepat panjang. Tips yang pertama ialah dengan menggunakan lidah buaya. Pada dasarnya, lidah buaya digunakan untuk menyembuhkan beberapa penyakit seperti sembelit, jangkitan kulit dan luka akibat kebakaran dan oleh sebab itu lidah buaya ini juga dikenali kerana sifat penyembuhannya. Kandungan nutrisi penting seperti asid amino, protein, mineral dan vitamin terutamanya vitamin A, C dan E ini menjadikannya sangat bagus untuk merawat rambut rosak selain memanjangkan rambut dan juga dapat membantu mengatasi sejumlah masalah yang berkaitan dengan rambut dan kulit kepala.  Bagi yang mengalami masalah rambut berminyak pula, gel lidah buaya ini dapat bertindak sebagai astringent  semulajadi yang dapat menghapuskan minyak berlebihan pada rambut.

lidah buaya panjangkan rambut

Tips rambut cepat panjang yang kedua adalah dengan menggunakan santan. Santan adalah cairan putih kental yang dihasilkan dari parutan kelapa yang diperas bersama dengan air. Santan sering dimanfaatkan sebagai bahan masakan yang berfungsi sebagai penyedap rasa. Santan juga kaya akan magnesium, fosfor, potassium, tembaga, selenium, zinc, folat, dan Vitamin C selain itu didalamnya terkandung pula Vitamin E, K, B6, Thiamin, Niasin, Kolin, asid patotenat dan kalsium yang sangat baik bagi kesihatan kulit kepala rambut anda mahupun kesihatan tubuh badan anda. Menggunakan santan kelapa memberikan perawatan protein tinggi pada rambut yang membuat tumbuh lebih cepat dan tebal. Protein dalam santan juga mencegah rambut bercabang atau pecah-pecah, anda dapat mengaplikasikan santan kelapa setidaknya sekali dalam sebulan untuk rambut yang lebih cantik dan sihat.

tips rambut cepat panjang

Akhir kata, diharapkan agar artikel tips rambut cepat panjang ini dapat memberi manfaat buat para pembaca.