Tips Untuk Kesihatan Keseluruhan

Kesihatan memberikan makna yang berbeza bagi setiap individu dan ia sering dikaitkan dengan maksud ketiadaan penyakit yang membawa erti bahawa jika seseorang itu tidak mengalami apa-apa kecederaan, kekecewaan atau penyakit pada suatu masa tertentu. Maka seseorang individu akan menganggap bahawa dirinya sihat. Takrifan kesihatan secara keseluruhan dikemukakan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia sebagai suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang mencukupi bukannya hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan.  Ini memberi maksud bahawa kesihatan terbentuk hasil daripada suatu keadaan keseimbangan di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosial. Keseimbangan ini juga membolehkan seseorang individu itu berfungsi dengan baik dimana individu yang sihat dilihat sebagai individu yang bercirikan kesempurnaan anatomi  dan berkemampuan menjalankan tanggungjawab keluarga, kerja dan komuniti serta bebas dari risiko penyakit dan kematian yang mengejutkan. Kesihatan mempunyai pelbagai cabang dimana kualiti dinamik menceritakan bagaimana sihatnya tubuh badan untuk berfungsi setiap masa di mana jua. Kesihatan itu wujud dari segi psikologi, fizikal, rohani, sosial dan persekitaran yang membenarkan kehidupan lebih produktif.

Di sini, admin ingin berkongsi dengan para pembaca tentang tips untuk kesihatan keseluruhan. Tips yang pertama ialah dengan pengambilan vitamin.  Apabila usia semakin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti sebelumnya sebagai contoh perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40 peratus daripada nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat seiring dengan umur. Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imunisasi dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan.

tips untuk kesihatan keseluruhan

 

Tips untuk kesihatan keseluruhan seterusnya ialah dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi. Tidur adalah sangat penting untuk badan mendapatkan rehat yang secukupnya setelah penat melakukan aktiviti harian. Jika anda aktif melakukan segala aktiviti sukan atau menyertai pertandingan seperti larian marathon tidur merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk di titik beratkan untuk mengumpul kembali tenaga yang hilang. Kajian awal mendapati kurangnya waktu tidur dapat meningkatkan berat badan dan pengambilan makanan ringan meskipun bakal mengundang kepada masalah kesihatan serius. Apabila tidak cukup tidur malam, badan akan merasa letih dan masalah stress boleh berlaku. Masalah ini menggalakkan pengeluaran hormon stress dan tekanan darah tinggi akan menyebabkan serangan sakit jantung serta penyakit strok.

tidur mencukupi untuk kesihatan keseluruhan

 

Demikian sedikit sebanyak info tentang tips untuk kesihatan keseluruhan bagi rujukan para pembaca. Semoga ianya bermanfaat buat semua.