Tips Untuk Putihkan Kulit

Pastinya kita semua mengidamkan kulit yang putih gebu dan terdpat banyak cara untuk mendapatkannya samada secara semulajadi ataupun moden dengan penggunaan ubat. Kita harus faham bahawa kulit kita tidak semuanya sama disebabkan pelbagai faktor dan suatu cara merawat kulit yang berkesan untuk seseorang tidak semestinya berkesan untuk orang lain. Kulit merupakan salah satu faktor penting yang menentukan penampilan seseorang wanita. Kulit putih bersih sememangnya memiliki nilai tambahan yang dapat meningkatkan penampilan diri. Namun demikian, ramai wanita yang mengeluh akan kulit wajah yang kusam disebabkan oleh terlalu terdedah dengan sinaran ultraviolet, debu dan kotoran yang melekat di kulit muka.  Bagi kaum hawa sememangnya  kulit putih bersih merupakan hal yang diidamkan. Dengan keadaan kulit putih bersih, dapat meningkatkan rasa percaya diri terutamanya dalam hal penampilan.  Sekarang ini, terlalu banyak produk pemutih yang menjanjikan hasil kulit putih dan bersih akan tetapi pengguna harus berhati-hati kerana banyak produk pemutih yang mengandungi bahan kimia merbahaya untuk kesihtan tubuh. Cara merawat kulit tubuh agar putih bersih dengan menggunakan bahan semulajadi  yang tidak akan memberi kesan sampingan kerana bahan yang digunakan asli dan tidak mengandungi bahan kimia. Perawatan secara semulajadi memerlukan masa yang agak panjang berbanding dengan menggunakan produk pemutih yang dijual di pasaran. Terdapat banyak tips untuk putihkan kulit seperti menggunakan tomato.

Tomato (Solanum lycopersicum syn. Lycopersicum esculentum) merupakan tumbuhan dari keluarga Solanacea dan merupakan tumbuhan asli Amerika Tengah dan Selatan. Tomato ini sendiri mempunyai pelbagai kandungan yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Salah satu manfaat tomato untuk kesihatan ialah melancarkan serta menyihatkan sistem pencernaan kerana mengandungi serat. Selain mengandungi serat, tomato  juga mengandungi vitamin C, vitamin K, vitamin A, likopen, dan lain-lain. Kebanyakan orang memanfaatkan tomato sebagai sayuran  serta sebagai buah. Berdasarkan hal tersebut, tomato dapat diklasifikasikan sebagai buah mahupun sayuran meskipun struktur atau bentuknya lebih mirip kepada buah dan caranya adalah dengan membuat masker tomato. Kisar sebiji buah tomato sehingga halus kemudian campur bersama 1 sudu teh air lemon dan 1 sudu makan oatmeal. Sapukan campuran ketiga-tiga bahan tadi ke seluruh bahagian muka dan sebaiknya hindarkan daripada terkena sekitar mata, tunggu selama 10 minit lalu dibilas dengan air suam.

 putihkan kulit dengan tomato

Selain itu, tips untuk putihkan kulit yang seterusnya adalah dengan menggunakan susu. Susu sangat bermanfaat untuk memutihkan kulit kerana susu mengandungi banyak zat yang akan menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam di wajah anda, caranya adalah dengan menyiapkan kain pencuci wajah yang sesuai, lalu tuangkan susu secukupnya pada kain itu, gunakan kain tersebut untuk menggosok wajah dengan lembut. Dengan cara ini ia akan membantu untuk membuang sel kulit mati sekaligus memberikan nutrisi secukupnya kepada kulit sehingga mampu membantu untuk mencerahkan wajah.

 putihkan kulit dengan susu

Diharapkan agar artikel tips untuk putihkan kulit ini sedikit sebanyak memberi info kepada mereka yang mendambakan kulit putih mulus. Selamat mencuba.