Ubat Penyakit Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu daripada beberapa penyakit kronik yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat kita. Penyakit stroke ini juga dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Stiap individu yang menghidap penyakit ini akan mengalami kelumpuhan pada sebahagian tubuh badan dan sukar untuk bergerak.
Penyakit stroke ini kebiasaannya akan dihidapi oleh individu yang menderita penyakit darah tinggi dan diabetes. Hal ini kerana, kandungan kolestrol yang tinggi di dalam tubuh badan lebih memungkinkan lagi seseorang itu mendapat penyakit stroke.
Oleh hal yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang ubat penyakit stroke. Selain daripada bergantung pada ubat-ubatan yang disediakan oleh pihak hospital, beberapa inisiatif lain juga boleh digunakan untuk merawat penyakit stroke. Ubat-ubatan yang akan disentuh pada artikel kali ini adalah berbentuk pemakanan yang sewajarnya diambil oleh pesakit yang menghidap stroke ini.

buah epal mampu merawat stroke
Madu merupakan salah satu daripada ubat penyakit stroke. Madu mengandungi air, glokosa, fruktosa, sukrosa, asam lemak dan vitamin yang berupaya untuk merawat penyakit stroke. Vitamin B1 yang terkandung di dalam madu berfungsi untuk memulihkan kelumpuhan pada saraf pesakit manakala vitamin E pula sangat baik untuk melindungi sel darah merah yang membawa oksigen daripada rosak.
Seterusnya, penyakit stroke boleh dirawat dengan mengambil bawang putih. bawang putih yang panas dan kering sangat baik untuk memberikan kehangatan yang tinggi kepada tubuh pesakit. Hal ini kerana, pesakit yang menghidap stroke mempunyai suhu badan yang sangat rendah. Dalam masa yang sama, minyak atsiri di dalam bawang putih juga sangat baik untuk menurunkan kadar lemak di dalam darah.
Ubat penyakit stroke juga ialah jintan hitam. Jintan hitam atau juga dikenali sebagai habbatussauda’ ini adalah makanan yang panas dan kering. Dalam masa yang sama, ia dapat menstimulasikan organ dan memperbaiki metaboism secara umum. Dalam masa yang sama, daun dewa juga sangat baik untuk merawat penyakit stroke ini. Daun dewa dapat melancarkan darah serta mengehntikan pendarahan dan lain-lain. Dalam masa yang sama, daun dewa ini juga dapat menurunkan kadar kolestrol serta mencegah daripada berlakunya pembekuan darah.

jintan hitam merawat stroke
Selain itu, kurma juga boleh dijadikan sebagai ubat kerana kurma sangat baik untuk menjaga fungsi saraf. Seterusnya, buah pisang juga sangat baik sebagai rawatan stroke. Buah pisang mampu memulihkan keadaan pesakit stroke malah buah pisang juga dapat mengurangkan risiko stroke. Pengambilan buah pisang sebanyak 3 biji sehari dapat mengurangkan risiko stroke.
Kajian mendapati bahawa, buah-buahan yang berkulit terang seeprti apple dan buah pear sangat baik untuk mencegah stroke. Buah anggur pula mengandungi banyak vitamin sementara bijinya pula mengandungi kalium dan zat penguat kolagen yang boleh melunturkan pembuluh darah. Kulit anggur pula kaya dengan flavoid yang mampu menghalau radikal bebas.
Demikian serba sedikit perkongsian tentang ubat penyakit stroke. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan manfaat bersama.