Ubat Sakit Stroke

Penyakit stroke merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat di negara kita sekarang ini. Penyakit stroke ini juga turut dikenali sebagai penyakit angin ahmar. Penyakit stroke ini adalah disebabkan oleh kegagalan otak untuk mengawal setiap pergerakan anggota badan. Oleh hal yang demikian, pesakit yang mengalami stroke akan menjadi lumpuh derta tidak boleh bergerak secara tiba-tiba.

Penyakit stroke ini boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, stroke iskemia dan kedua adalah stroke pendarahan. Jenis-jenis stroke ini adalah ditetapkan berdasarkan bagaimana stroke itu terjadi. Stroke iskemia adalah disebabkan oleh salur darah manusia yang tersumbat. salur darah yang tersumbat mungkin disebabkan oleh terbentuknya darah beku atau plak di dalam salur darah. Sementara stroke pendarahan pula adalah stroke yang disebabkan oleh pendarah di dalam otak manusia. Hal ini menyebabkan otak manusia tidak dapat memperolehi bekalan oksigen yang mencukupi untuk bekerja dengan sempurna.

buah nangka mampu merawat penyakit stroke

 

Sehubungan dengan itu, artikel kali ini akan membincangkan tentang ubat sakit stroke. Pada usia awal pesakit diserang stroke, pesakit sangat perlu kepada ubat-ubatan yang disediakan dan yang ditetapkan oleh pihak hospital. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlaku penyakit yang lain atau insiden kecil yang boleh memudaratkan pesakit.

Setelah itu, pesakit boleh menjalani beberapa inisiatif lain untuk merawat penyakit stroke ini. Madu merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat baik untuk mengubati penyakit stroke ini. Madu mengandungi gukosa, sukrosa, fruktosa, luktosa, asam lemak dan vitamin yang sangat bagus. Vitamin B1 di dalam madu sangat baik untuk memulihkan kembali kelumpuhan pada saraf manusia. Sementara, vitamin E pula sangat baik untuk melindungi sel darah merah yang membawa bekalan oksigen daripada rosak.

Ubat sakit stroke yang seterusnya adalah jintan hitam. Jintan hitam ini juga dikenali sebagai habbatussauda’. Jintan hitam yang panas dan kering sangat baik untuk menurunkan semula suhu badan pesakit. Dalam masa yang sama, kulit manggis juga boleh dijadikan ubat sakit stroke. Hal ini kerana, kandungan antioksida di dalam kulit manggis sangat baik untuk menangkal radikal bebas dan melancarkan salur darah pesakit.

kulit manggis dapat merawat stroke

Seterusnya, jeruk dan kiwi juga sangat baik untuk mengubati penyakit stroke ini. Hal ini kerana, jeruk dan kiwi mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Serta menganduingi antioksida yang tinggi, lutein dan beta karotein yang sesuai untuk mngawal tekanan darah tinggi pesakit. Buah pisang dan nangka juga boleh dijadikan sebagai ubat. Nangka mampu mengoksida kolestrol yang melekat pada pembuluh darah sementara pisang pula mampu memulihkan kembali keadaan pesakit stroke.

Demikian, serba sedikit perkongsian tentang ubat sakit stroke. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.