UBAT UNTUK STROKE

Kehadiran penyakit stroke bukanlah satu penyakit baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Penyakit ini menjadi salah satu penyakit yang popular dalam kalangan masyarakat kita. Penyakit ini bukan sahaja menyebabkan pesakit menghadapi kelumpuhan sebahagian tubuh mereka, malah juga menyebabkan pesakit sukar untuk berkomunikasi dengan insan di sekeliling mereka.
Penyakit stroke ini adalah disebabkan oleh kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik dan mengawal setiap pergerakan anggota tubuh badan manusia. Hal ini mingkin disebabkan oleh salur darah yang tersumbat atau berlaku pendarahan pada salur darah manusia atau kerosakan pada sel darah merah manusia. Oleh hal yang demikian, artikel kali ini akan membincangkan tentang ubat untuk stroke.

khasiat bawang putih merawat stroke
Pada peringkat awal, pesakit sangat perlu untuk mematuhi setiap nasihat doktor, kerana pada masa ini langkah pencegahan yang tepat sangat perlu bagi mengelakkan muncul masalah sampingan yang lain. Namun terdapat juga beberapa inisiatif lain yang boleh dilakukn untuk merawat stroke setelah keadaan pesakit stabil.
Madu boleh dijadikan sebagai salah satu ubat untuk stroke. Madu mengandungi air, glukosa, fruktosa, sukrosa, asam lemak dan vitamin. Vitamin B1 sangat baik untuk mengubati penyakit stroke. Hal ini kerana, vitamin B1 ini dapat memulihkan kelumpuhan pada saraf. Madu juga mengandungi Vitamin E yang sangat baik untuk untuk melindungi sel darah merah yang membawa oksigen daripada rosak.
Dalam masa yang sama, penyakit stroke ini juga boleh diubati dengan mengambil jintan hitam sebagai ubat. Jintan hitam ini juga dikenali sebagai habbatussauda’. Jintan hitam merupakan makanan yang panas dan kering. Oleh hal yang demikian, dengan mengambil jintan hitam dapat meningkatkan suhu badan pesakit serta menstimulasi organ dan memperbaiki metabolism secara umum.
Seterusnya, penyakit stroke juga boleh diubati dengan mengambil bawang putih. Bawang putih juga merupakan makanan yang panas dan kering. Oleh kerana suhu pesakit yang menghidapi stroke ini adalah sangat rendah, maka dengan mengambil makanan yang panas dan kering, hal ini dapat meningkatkan kembali suhu badan pesakit. Dalam masa yang sama, jelai gandum juga memainkan peranan yang sama seperti bawang putih.

anggur sangat baik untuk mengubati stroke
Ubat untuk stroke juga merupakan daun dewa. Daun dewa ini boleh mambantu melancarkan peredaran darah serta menghentikan pendarahan dan lain-lain. Daun dewa ini juga berupaya untuk mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan serta mengelakkan pembekuan darah di dalam salur darah.
Tahukah anda bahawa kurma juga sangat baik untuk merawat stroke. Hal ini kerana kurma dapat membantu menjaga fungsi saraf. Manakala buah anggur yang mempunyai banyak vitamin, bijinya dapat membantu melunturkan pembuluh darah. Sementara kulit anggur sangat baik untuk menghalau radikal bebas kerana ia mempunyai zat antioksida yang tinggi.
Demikian beberapa perkongsian tentang ubat untuk stroke. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan manfaat bersama untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat.