Ulat Resdung

Resdung merupakan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan tentang pelbagai penyakit hidung dan salah satu punca masalah penyakit resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya. Dianggarkan kira-kira 25 peratus penduduk di negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Di antara tanda-tanda resdung ialah hidung tersumbat, gatal-gatal dan sakit di bahagian kepala terutamanya di bahagian pipi serta dahi.  Penyakit resdung juga lebih dikenali dengan nama sinusitis dimana ramai yang tidak mengambil serius tentang penyakit ini boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Bagi kanak-kanak, ia boleh menyebabkan jangkitan selutisis dan merah pada bahagian mata dan akhirnya menyebabkan buta. Untuk orang dewasa pula boleh mendatangkan nanah daripada sinus frontal yang tidak dapat keluar daripada bahagian hidung dan serta merta akan masuk memenuhi ruang di dalam otak yang menyebabkan dinding pemisah menjadi semakin menebal dan mengakibatkan sinus tersumbat.

Ulat resdung bukan hanya singgah di bahagian liang kulit muka tetapi juga turut menghuni di liang akar rambut maka ianya menyebabkan masalah keguguran rambut. Kehadiran parasit ini menyebabkan kerosakan kulit kepala yang teruk di samping rasa gatal yang keterlaluan pada kulit kepala. Parasit demodex ini memiliki mulut seperti jarum tajam dimana ianya mampu menusuk masuk terus ke bahagian akar rambut untuk menyerap kandungan nutrisi dimana ia juga mampu menghasilkan enzim lipid (minyak) sebagai bahan buangannya. Bahan buangan yang tinggal di atas kulit kepala ini bakal berubah menjadi kotoran dan bakteria yang mengakibatkan sel rambut serta kulit kepala menjadi rosak dan bermasalah.  Bagi pesakit resdung sudah pasti pernah merasai seakan-akan ada sesuatu yang merangkak pada kawasan rambut selain masalah rambut nipis sebenarnya ia merupakan petanda wujudnya parasit demodex ini. Selain daripada masalah resdung, parasit ini juga akan menjangkiti bahagian kulit kepala seseorang individu yang tidak mementingkan kesihatan kulit rambut dimana parasit ini memang menggemari tempat yang kotor dan gelap untuk dijadikan habitat membiak serta pencarian makanan.

ulat resdung

Kepercayaan wujudnya parasit atau ulat resdung ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa, gatal-gatal dan hidung tersumbat serta berhingus atau dikenali penyakit resdung adalah mitos semata-mata. Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr Mohamad Hamzah berkata pendapat seumpama itu kadangkala dikaitkan dengan sihir kerana ada segelintir penghidap resdung lebih gemar merujuk masalah ini dengan bomoh berbanding doktor. Beliau berkata, dalam bidang perubatan moden belum pernah terbukti wujud ‘ulat’ di bahagian itu. Katanya, resdung merupakan sejenis penyakit hidung disebabkan radang pada membran dan sinus pula adalah rongga dalam tulang muka yang diselaputi mukosa atau membran dan apabila bahagian terbabit dijangkiti virus, bakteria atau kulat itu boleh menyebabkan berlaku radang.

virus ulat resdung

 

Akhir kata, diharapkan agar artikel ini memberi sedikit sebanyak info tentang masalah ulat resdung.

 

ubat penawar untuk masalah resdung yang mujarab berkesan selamat

PENAWAR RESDUNG UNTUK ANDA – KLIK SINI